Perasaan Malu Punca Ramai Yang Masih Membujang.

 

Apabila umur semakin meningkat dah belum berkahwin lagi, tentu sahaja perkara ini sangat membimbangkan. Mana tidaknya, ramai wanita dan lelaki bujang akan terus memilih untuk membujang berbanding membina keluarga apabila mereka ini telah mempunyai kehidupan yang selesa.


Boleh jadi belum sampai jodoh, menyebbakan mengapa golongan tersebut yang rata-ratanya sudah bekerjaya masih lagi belum mendirikan rumah tangga? Perkara ini juga dilihat sebagai satu trend apabila golongan yang belum berkahwin dan bujang semakin ramai setiap tahun.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, pada 2010 sebanyak 2.5 juta daripada 28.3 juta penduduk Malaysia berumur 15 tahun dan lebih yang belum pernah berkahwin adalah 35.1 peratus.

Perkadaran lelaki yang belum pernah berkahwin ialah 37.8%- lebih tinggi sedikit berbanding perempuan 32.2%.

Pada tahun 2012 pula, rakyat Malaysia yang berusia lebih 25 tahun dan mewakili 16.7 peratus penduduk negara ini, masih belum atau tidak berkahwin.



Apa yang menyebabkan mereka ini membujang lagi walaupun rata-rata sudah mempunyai kestabilan dalam hidup? Adakah mereka ini tidak menjumpai pasangan seperti yang diharapkan?

Sebenarnya yang menjadi punca mengapa ramai lagi yang masih membujang adalah kerana perasaan malu. Di mana, perasaan malu ini membuatkan mereka ini sanggup bertanya atau meluahkan perasaan terhadap orang yang mereka suka.

Bukan itu sahaja, perasaan malu ini akan sentiasa menyekat mereka ini untuk memulakan satu langkah awal seperti bertanya atau bertegur sapa dengan seseorang. Ini kerana, perasaan malu ini membuatkan seseorang itu hilang keyakinan diri apabila berdepan dengan mereka yang berlawanan jantina.



Selalunya alasan yang kerap kali akan dikatakan adalah, malu nak memulakan satu hubungan yang baru dari awal kerana keadaan umur yang sudah meningkat ini. Kiranya macam kalau boleh tak nak bercinta malah nak kahwin terus. Namun begitu, perkara ini sukar untuk dilakukan kerana, rata-rata orang lebih suka bermula dengan perkenalan dan percintaan dahulu.

Perasaan malu ini juga membuatkan seseorang berharap akan ada jodoh yang datang dengan sendirinya menegur sapa mereka dahulu. Jika ada yang memulakan dahulu tentu sahaja akan menjadi lebih mudah. Sedangkan, jodoh tak akan datang dengan sendirinya kalau tiada usaha dariapad diri sendiri.

Kalau nak berkahwin, buang perasaan malu dan mulakan langkah baru.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,075 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen