Perangai Berlagak Kaya, Tak Cool Pun. Ini Risiko Yang Akan Anda Hadapi.

 

Setenagh orang gaji cukup-cukup makan je, tapi dia punya belagak diva mengalahkan mereka yang bergaji RM10K. Kalau nak beli barang berjenama memang tak kira-kira duit dah main beli je. Itu belum lagi nak menunjuk depan kawan, memang selalu cakap dia je yang kaya.

Part paling best cakap dekat kawan-kawan gaji dia banyak sekian-sekian, siap ajak kerja tempat dia lagi tapi bila kantoi, gaji anda lebih banyak dari dia. Tapi dia punya belagak kaya memang tak main-main punyalah.


Mana dia dapat keyakinan macam itu pun tak tahu lah.

Tapi buat anda yang ada niat nak berlagak kaya itu, cuba fikir-fikirkan semula. Mana tidaknya, ada kesan buruk yang bakal anda tanggung bukan orang lain.

1. Memalukan diri sendiri.

Mungkin anda tak tahu, tapi rakan-rakan anda tahu gaji sebenar anda. Akan tetapi anda tetap nak tunjuk yang anda kaya itu. Sebenarnya perkara ini memalukan diri anda sahaja, nak-nak lagi sekarang ini semua perkara boleh diperiksa melalui internet.



2. Tertekan.

Bila anda berlagak kaya, maka anda akan mula bergaul dengan mereka yang setaraf dengan anda sahaja. Ataupun niat anda nak menunjuk itu akan berkobar-kobar, akan tetapi bila rakan anda mampu membeli sesuatu yang mahal dari anda, tentulah anda nak tujuk anda lagi banyak duit. Akhirnya anda sendiri yangt akan tertekan akan perkara itu.



3. Berhutang keliling pinggang.

Paling ditakuti sebenarnya, niat nak tujuk kaya, nak tujuk banyak duit tapi rupa-rupanya guna kad kredit dan pinjam sana sini. Memanglah nampak kaya tetapi dikejar pemungut hutang sampai ke sudah. Nak membayar tentu sahaja liat, nak tambah hutang tentu dah malu.

4. Kalau kantoi.

Tengah sedap anda berlagak kaya, tup-tup rakan anda kantoikan diri anda. Ini lagi malu, bukan sahaja malu dekat rakan-rakan, dengan diri sendiri pun malu juga. Mana tidaknya, anda perlu menjawab soalan mereka satu-satu dan berlaku jujur. Sampai ke tua boleh ingat ni.

Nak ukur baju biarlah pada diri sendiri. Jangan nak berlagak kaya sangat, bersyukur sahaja dengan rezeki yang ada.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,443 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen