Tonton Filem Seram Boleh Kuruskan Badan, Lepas Ni Tak Payah Susah-Susah Nak Diet Dah.

 

Suka tonton cerita seram, tentu anda tak akan berdepan dengan masalah berat badan bukan? Mana tidaknya menurut kajian di University of Westminster, menonton filem seram boleh membawa pelbagai faedah, seperti membakar kalori dan meningkatkan mood.

Jadi kalau anda bukan pengemar cerita seram tetapi ingin kuruskan berat badan anda, apa kata anda cuba untuk menonton cerita berunsur seram ini. Mana tahu ia membuahkan hasil buat diri anda.


Berdasarkan laman The Guardian, ia sebenarnya bergantung pada individu yang menonton filem yang seram dan menakutkan itu. Penyelidik menjalankan kajian terhadap 10 responden dan tahap detak jantung, penyerapan oksigen dan karbon dioksida. Richard Mackenzie, salah seorang penyiasat mendapati, menonton filem-filem yang menakutkan, otak akan bertindakbalas terhadap sistem saraf, menyebabkan lemak dibakar untuk tenaga.



Dalam kajian lain oleh US National Library of Medicine National Institutes of Health, menonton filem yang menakutkan juga menyebabkan badan menghasilkan lebih banyak sel darah putih.

Berikut adalah senarai 10 filem menakutkan dan nombor kalori yang dibakar setiap kali anda menonton filem ini:

• The Shining: 184 calories
• Jaws: 161 calories
• The Exorcist: 158 calories
• Alien: 152 calories
• Saw: 133 calories
• A Nightmare on Elm Street: 118 calories
• Paranormal Activity: 111 calories
• The Blair Witch Project: 105 calories
• The Texas Chain Saw Massacre: 107 calories
• [Rec]: 101 calories

Selepas ini tak perlu bersusah payah bersenam dengan gigih, apa kata anda amalkan tonton cerita seram. Mana tahu berhasil buat diri anda untuk mendapatkan berat badan yang ideal. Tapi jangan amalkan selalu takut tak dapat tidur malam pula.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,052 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen