Berkahwin Bukan Bererti Anda Dikawal Oleh Pasangan.

 

“Bila dah kahwin nanti, isteri tak bagi keluar rumah, nak lepak tak boleh nak keluar malam pun tak boleh”, kata seorang lelaki.

“Kalau dah kahwin nanti kena dengar cakap suami, nak buat apa pergi mana semua kena bagitahu, itu belum lagi kena uruskan kerja rumah”, kata seorang wanita.

Bercakap mengenai topik perkahwinan sahaja, tentu akan ada yang teruja nak berkahwin, akan ada yang sedang berusaha mencari jodoh malah ada juga yang kahwin nanti-nantilah dulu. Setiap orang mempunyi pendapat yang berbeza mengenai jodoh dan perkahwinan ini.


Selalu sangat kita dengar mengenai orang yang sedang menanti jodoh bukan, orang yang nak kahwin. Akan tetapi kita lupa pula pada mereka yang takut untuk berkahwin.



Apa sebabnya mereka takut nak berkahwin?

Sebabnya hanya satu iaitu, mereka takut bila sudah berkahwin hidup mereka tidak sama macam ketika bujang. Tak boleh nak bergerak bebas malah lebih banyak tangungjawab yang akan terbeban. Itu yang membuatkan ramai anak mudah memilih untuk tanguhkan dahulu niat untuk berkahwin.

Ada juga yang tak nak berkahwin disebabkan tak puas nak enjoy dan berseronok lagi. Malah kalau lihat rakan-rakan masih belum sibuk dengan anak dan isteri itu yang membuatkan dia pun tak tergerak hati nak berkahwin juga. Tetapi bila melihat rakan-rakan yang sudah berkahwin sibuk dengan segala bagai tanggungjawab pun buat dirinya tak bersedia untuk berkahwin.



Bila anda hanya memikirkan satu sudut negatif dan hanya sebelah sisi sahaja, itu yang membuatkan anda rasa tak nak kahwin, belum bersedia ataupun rasa muda lagi. Bila hanya sudut negatif sahaja yang dipandang, maka pemikiran anda juga akan menjadi negatif.

Cuba lihat dari positifnya, anda dapat melakukan amal ibadat bersama, anda mempunyai pasangan untuk kongsi susah senang malah akan ada anak-anak sebagai penyeri hubungan anda. Masalah keluar malam, nak lepak, tanggungjawab dan macam-macam lagi itu adalah atas budi bicara dengan pasangan anda.



Kalau nak lepak waktu malam, minta izin dengan pasangan dan pada masa yang sama jangan curi peluang lupa. Bila dah lepak lupa anak bini pula. Nak lepak boleh tapi kurangkan masa, jangan setiap malam pula macam orang bujang.

Yang isteri, alah minta izin je. Kalau suami tak izinkan, ajak sekali dan suruh dia belanja anda shopping. Bukannya susah pun. Yang penting kena pandai ambil hati pasangan dan berbincang dengan pasangan anda. Tak semua pasangan jenis suka kongkong pasangan, malah tak semua pasangan beri pasangan buat sesuka hati.

Susah-susah sangat, bawak isteri pergi lepak sekali, bawak suami pergi shopping sekali. Mudah bukan?

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,027 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen