Jangan Asyik Nak Salahkan Diri Sendiri Sahaja, Percaya Kalau Dah Jodoh Tak Ke Mana.

 

Buat sesetengah orang yang kecewa bahawa jodohnya masih tak muncul tentu akan salahkan diri sendiri. Di mana, bila melihat rakan-rakan lain bahagia dengan pasangan masing-masing tentu sahaja membuatkan anda rasa banyak kekurangan diri anda.


“Kadang kala rasa sampai apa kurangnya aku?”

“Apa lebihnya mereka?”

“Kenapa aku tak berpeluang merasai kebahagiaan macam mereka?”



Bukan itu sahaja, ada juga yang berpendapat,

“Kalau aku tak putus hubungan dulu, tentu aku dah kahwin sekarang.”

Perasaan macam ini pun boleh timbul sebenarnya kalau dah terlalu banyak fikir. Jangan nak kenang sangat akan hubungan yang tak menjadi, boleh jadi anda patut bersyukur kenapa anda berpisah dengan dirinya dulu. Mana tahu nanti jodoh anda lebih baik.

“Aku ni tak lawa ke, tak cukup menarik ke?”

Perasaan macam ini pun ada sebenarnya. Kadang kala anda yang terlalu berlebihan dalam berfikir. Bila terlalu berlebihan, boleh jadi anda akan rasa kurang keyakinan malah merasakan diri anda banyak kurangnya sedangkan anda sama sahaja macam yang lain.



“Aku ni kena guna-guna ke?”

Ini pun ada juga, masa ini mula terfikir benda yang karut-karut. Mula lah nak mandi bungalah, nak jumpa bomoh atai dukunlah. Perkara-perkara ini sebenarnya fikiran anda sahaja. Ana terlalu banyak sangat berfikir sampai macam-macam bermain difikiran anda.

Sebenarnya, semua yang ada rasa itu adalah sikap overthinking yang akhirnya membawa aura negatif dalam diri anda, secara tidak langsung membuatkan anda hilang keyakinan diri.

Apa yang perlu anda lakukan adalah, percaya bahawa seseorang yang tepat sedang menanti anda. Jangan terlalu sibuk dengan apa yang orang fikirkan, kalau dia benar-benar jodoh anda dia akan terima lebih dan kurangnya anda.

Jodoh itu ada, hanya perlukan masa dan usaha sahaja...

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,038 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen