Wanita Ini Unik, Itu Yang Orang Lelaki Selalu Tak Faham.

 

Orang lelaki akan selalu kata bahawa wanita ini merumitkan, malah ramai yang menyatakan bahawa wanita ini sukar untuk difahami. Kadang kala dengan sikap yang sukar untuk difahami inilah yang membuatkan orang lelaki mudah berasa rimas walaupun kadang kala okay je sebenarnya.


Wanita ini memang manja, malah mereka ini mudah mengikut emosi mereka. Mungkin itu yang membuatkan orang lelaki sukar nak faham gerak geri mereka.

Berikut adalah beberapa sebab mengapa orang lelaki tak faham wanita.

1. Selalu nak menang dia je.

Kalau ada perdebatan antara lelaki dan wanita, boleh lihat bukan yang wanita ini akan selalu nak menang dia je. Kalau salah sekali pun tetap nak menangkan juga. Walaupun segala fakta dan kenyataan itu ke laut, tapi mereka nak juga menang.



2. Nak marah tiba-tiba.

Tengah elok-elok cakap baik-baik , tiba-tiba boleh marah-marah pula. Tiba-tiba boleh tinggikan suara ataupun boleh juga kata yang macam-macam. Ada yang gunakan alasan PMS ada juga yang menyatakan bahawa dia merasakan pasangan dia buat salah. Eh memang pening lah cerita dia.

3. Nak masa tapi nak kena pujuk.

Bila gaduh je mesti tak nak layanlah, nak masa bersendirianlah. Akan tetapi bila dibiarkan dan diberi masa, eh kata tak sayang pula. Kata tak pujuk malah siap kata ada orang lain. Apa yang dia nak sebenarnya?



4. Susah nak buat pilihan.

Kejap nak makan itu, eh kejap nak makan ini pula. Sampaikan nak pilih satu barang itu ambil masa yang lama. Last-last beli satu je bukan sampai dua tiga. Paling sakit hati adalah dia suruh anda pilih tapi akhirnya dia punya pilihan yang dia suka juga.

5. Susah sangat nak bagi pergi lepak, main game dan lain-lain.

Kalau boleh nak menghabiskan masa dengan dia sahaja. Kalau boelh putuskan segala hubungan dengan rakan-rakan dan jangan beri tumpuan kepada perkara lain. Sebabnya dia seorang yang perlukan perhatian, yang lain tak penting pun.



6. Nak 24jam berkepit.

Selalu jumpa, setiap hari call malah setiap saat berbalas pesanan. Bila tak balas atau lambat seminit, mula naik hantu mengamuk dan marah-marah. Tak cuba nak faham yang orang lelaki pun ada hidup sendiri.

Orang perempuan ini memang susah nak faham, tapi itulah uniknya mereka.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,075 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen