Bila Ajak Kahwin Dia Main-Main, Ini Cara Putuskan Hubungan Dengan Mereka Yang Tak Serius Halalkan Anda.

 

Apabila umur semakin meningkat ini, tentu sahaja anda merasakan buang masa untuk jalinkan satu hubungan yang tidak serius malah hanya mendatangkan perkara yang sia-sia sahaja. Kalau umur belasan tahun mungkin bolehlah untuk satu hubungan yang tak serius akan tetapi bila dah cecah 20an, hubungan serius adalah keutamaan.


Jika anda terus berada dalam hubungan yang tak serius, mungkin hubungan anda akan terus tergantung. Akan tetapi kalau anda bersama hubungan yang tepat dan serius tentu cita-cita membina masjid itu akan menjadi satu perkara yang mudah.

Namun begitu, macam mana anda nak putuskan hubungan yang tak memberi faedah ini?

1. Suruh mak ayah masuk campur.

Paling mudah sebenarnya, suruh mak ayah anda call pasangan anda dan tanya akan persiapan pertunangan atau pernikahan, tentu tak senang duduk punya nanti dia. Paling tak pun nanti dia minta putus dengan anda. Selain itu juga, boleh je suruh mak ayah carikan calon menantu, nanti pilihlah calon mak ayah anda itu. Guna alasan pilihan keluarga.



2. Hebohkan pada rakan-rakan dia yang kalian akan berkahwin.

Jangan pada rakan-rakan anda tetapi rakan-rakan dia. Kenapa? Sebabnya mereka itu akan bertanya kepada dia dan membuatkan dia perlu berbincang dengan anda. Kalau nampak macam dia tak nak kahwin lagi dah beri seribu alasan, apa lagi terus sahaja minta putus.

3. Ajak je kahwin.

Nak paling senang, anda ajak je dia kahwin. Biasanya kalau orang yang tak serius ini akan beri pelbagai alasan untuk mengelak. Cuba berbincang dan ajak kahwin dengan serius. Kalau dia kejap nak kejap tak nak itu boleh dah kot cari lain dan tinggalkan je pasangan macam ini.



4. Cakap jelah senang.

Berterus terang dengan dirinya adalah perkara yang paling mudah. Di mana, dia akan merasaka bahawa anda serius dengan tindakan anda. Kalau dia sayang dia akan pertahankan anda dan cari usaha nak halalkan anda akan tetapi kalau sebaliknya, mungkin anda kena rela lepaskan dirinya untuk bersama orang lain.

Tak salah kalau anda nak tunggu dan teruskan dengan hubungan seperti ini. Akan tetapi sampai bila kesudahannya dan bila dia akan mula serius terhadap hubungan anda.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,068 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen