Perkahwinan Akan Mengubah Seorang Lelaki Bila Dia Benar-Benar Jadi Suami.

 

Perkahwinan akan mengubah hidup seseorang. Jika sebelum ini seorang, selepas kahwin ia akan menjadi dua bahkan boleh jadi tiga atau lebih. Perkahwinan ini akan mematangkan seseorang, kalau sebelum ini liat nak pergi kerja akan tetapi selepas kahwin dia akan rajin berkerja sebab nak bagi anak isteri makan.

Perkahwinan ini akan mengubah hidup orang lelaki. Kalau dahulu dia akan habiskan masa dengan melepak atau bermain game, kini dia akan habiskan masa dengan anak-anak dan isteri. Perkahwinan ini akan mengubah seorang lelaki menjadi lebih bertanggungjawab, berani serta lebih bersifat kebapaan. Akan tetapi itu pun jika orang lelaki yang betul-betul faham akan erti perkahwinan sebenar.


Tapi kalau lepas kahwin tak ada perubahan, mungkin ada yang tak kena dengan diri anda. Mari sama-sama hadam nasihat dari Firdaus Shakirin ini.



Bila berkahwin, banyak perkara yang akan berubah dalam hidup seorang lelaki...

Tapi kalau kita masih boleh buat apa yang kita selalu buat masa bujang dahulu, maka perkahwinan itu tidak mendatangkan apa-apa kesan kepada kita sebab kita masih orang yang sama...masih merasakan diri itu bujang, hidup seorang dan tidak perlu bertanggungjawab ke atas apa-apa mahupun siapa-siapa..

Lelaki yang cara hidupnya berubah, gaya sosialnya berubah dan perangainya juga berubah adalah lelaki yang betul-betul dah "berkahwin" dan dah jadi "suami"...



Perkahwinan itu telah mengubahnya menjadi lebih bertanggungjawab untuk setiap perbuatannya, pergaulannya dan tingkah lakunya...banyak perkara yang dia tinggalkan terutamanya perkara yang sia-sia, yang tidak memberi manfaat kepada dirinya serta keluarganya sebab dia ada tanggungjawab yang lebih berat untuk dipikulnya....
Maka dia memilih untuk meninggalkan apa yang tidak penting, tidak berfaedah dan tidak mendatangkan kebaikan untuk dirinya dan keluarganya...

Jika dia tidak meninggalkan semua tu, maka besar kemungkinan dia akan menjadi seorang suami yang tidak bertanggungjawab, yang pentingkan diri sendiri dan tidak menunaikan kewajipan kepada isteri serta anak-anak...to be more specific, dia masih belum layak untuk menjadi seorang suami...

Dia masih hidup dalam "kehidupan bujang"...

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,256 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen