Perkahwinan Itu Tak Perlu Mewah Yang Penting Korang Dah Halal.

 

Mula-mula bila fikir nak kahwin ini, anda perlu baiki dahulu niat anda. Yang mana, pastikan bahawa niat nak berkahwin itu adalah mencari redha Allah malah ingin melalui hidup yang lebih berkat. Bukannya berkahwin dengan niat nak buat majlis besar-besar serta nak menunjuk-nunjuk.


Anda perlu fikir bahawa ada banyak lagi perkara yang penting selain anda menghabiskan duit yang anda berhemas pulas kumpul dalam masa sehari sahaja. Jadi perkahwinan ini adalah lebih baik kalau tidak diadakan secara besar besaran sehingga membebankan diri anda.

Anda perlu bijak menguruskan majlis perkahwinan anda kerana sekarang ini mungkin anda seronok tapi kesannya dikemudian hari. Berikut adalah mengapa anda tak perlu adakan majlis yang mewah dan grand.

1. Kadang mewah tapi penuh dengan hutang.

Ini yang tak seronok sebenarnya. Rasa bahagianya satu hari sahaja akan tetapi hutang yang terpaksa ditanggung adalah bertahun lamanya. Takut juga kalau anak dah 5 pun hutang masih tak habis bayar. Sebab itu baik buat semampu anda sahaja, kalau kecil pun kecilah janji anda jadi pasangan yang halal.



2. Hidup lepas kahwin lagi penting.

Jangan tak tahu bahawa kehidupan selepas kahwin sebenarnya lagi mencabar dan perlukan banyak wang. Jadi kalau anda selepas kahwin nak tidur di rumah yang selesa dan tilam yang empuk, maka jangan membazir semasa adakan majlis perkahwinan. Lagi-lagi kalau nak rumah yang lengkap serba serbi, ini pun kena fikirkan ini.

3. Buat yang sederhana sahaja akan tetapi kreatif.

Kalau dah buat besar-besar tak meriahlah. Apa kata anda lakukan sesuatu yang kreatif pada majlis perkahwinan anda itu. Biasanya kalau tak besar dan tak grand ini tapi kalau kreatif pun tentu menyeronokkan juga. Mana tidaknya, kalau buat sesuatu yang lain dari lain ini tentu anda puas hati sedikit bukan?



4. Kadang kala mewah tapi nampak tak meriah.

Cuba anda bayangkan, anda dah buat majlis yang begitu besar-besaran dan grand, akan tetapi banyak saingan hingga tak ramai yang boleh hadir ke majlis anda. Jadi majlis anda itu tak meriah malah membazir banyak perkara pula. Kan lebih baik kalau sederhana tetapi meriah dan mencukupi.

5. Niat sebenar perkahwinan.

Bila mula atur nak buat perkahwinan yang meriahlah, majlis yang gahlah atau apa-apa pun, tentu sebenarnya akan mempengaruhi niat sebenar anda. Adalah lebih baik anda lakukan yang sederhana tetapi tak mengganggu niat sebenar perkahwinan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,075 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen