Minat Yang Berbeza Bukan Bererti Kalian Tidak Serasi Bersama.

 

Ada orang anggap bahawa jodoh itu kena ada minat yang sama, miliki tujuan yang sama malah kalau boleh suka perkara yang sama. Barulah hubungan akan menjadi satu yang harmoni malah membahagiakan. Mana tidaknya, bila semuanya sama dengan pasangan barulah hubungan mudah untuk difahami antara satu sama lain.


Sebenarnya, tak salah pun kalau anda mempunyai minat yang berlainan, tujuam yang tak sama atau hobi yang berbeza. Mana mungkin anda akan jumpa orang yang sama seperti anda. Tentu sahaja setiap orang itu berbeza, sedikit sebanyak tentu ada yang berbeza.

Walaupun minat yang berbeza, itu bukan bermakna kalian tidak boleh hidup bersama.

Untung sebenarnya mempunyai pasangan yang berbeza minat ini.



1. Beri peluang anda mencuba sesuatu yang baru.

Boleh jadi anda tak pernah melakukan aktiviti itu, akan tetapi selepas mengenali pasangan anda, anda mula cuba-cuba nak melakukan aktiviti itu. Siapa sangka bahawa perkenalan kalian membuatkan anda melakukan sesuatu perkara yang tak pernah anda lakukan.

2. Sudut pandangan yang berbeza.

Jika selama ini anda sudah merasakan bahawa minat anda yang paling baik sekali, selepas berjumpa pasangan mungkin anda akan berbeza pula. Mana tidaknya, perkara yang tak pernah anda cuba ini selalunya memberi pandangan yang berbeza buat pertama kali. Tentu seronok bukan?



3. Boleh jadi anda akan jatuh cinta dengan mintanya.

Perkara ini akan terjadi sebenarnya. Kalau dulu anda tak suka, dah cuba sekali tentu akan buat anda jatuh cinta. Itu yang dengan tuan-tuannya sekali anda jatuh cinta. Ini kerana, perkara ini baru dalam hidup anda, itu yang cepat membuatkan anda menyukai perkara tersebut.

4. Timbul rasa menghargai.

Bila kalian saliang menyokong hobi masing-masing, ia akan membuatkan kalian saliang menghargai dan menyokong antara satu sama lain. Ini yang mengunikkan lagi hubungan anda, malah hubungan akan lebih berseri akan dua keadaan ini.

5. Makin kenal pasangan.

Semakin anda cuba menyelami minta pasangan anda, maka anda juga akan makin kenal dengan pasangan anda. Di mana, minat seseorang ini biasanya adalah dirinya sendiri. Sebab itu anda akan makin kenal dengan dirinya.

Jadi jangan merasakan perbezaan itu akan menjadi jurang, sebaliknya jadikan ia satu perkara yang mengeratkan hubungan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,209 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen