Kenali Pasangan Anda Berdasarkan Ruang Tidurnya, Yang Sukakan Kebersihan Atau Sebaliknya?

 

Nak tahu bakal pasangan anda itu seorang yang rajin atau tidak, ataupun dia ini seorang yang begitu ringkas lihatlah keadaan bilik tidurnya. Orang lelaki ini, dia paling jujur dengan biliknya sendiri kerana di situlah tempat dia menghabiskan banyak masa.


Kalau anda sekali sekala buat video call dengan pasangan anda ketika dia di rumah, cuba suruh dia biat room tour, barulah anda boleh tahu selepas kahwin teman lelaki anda itu macam mana. Bukan itu sahaja, perkara ini juga boleh buat anda tahu bahawa pasangan anda itu ringan tulang atau tidak.

Pakar psikologi dan perhubungan, Antonia Hall membantu kamu menganalisis peribadi jejaka berdasarkan kediamannya.

Dekorasi minimal

Ayuh berfikiran positif, mungkin si dia selalu outstation sebab itu rumahnya tampak kosong dan minimal. Menurut pakar psikologi, jejaka yang membiarkan rumahnya dalam keadaan kosong adalah seorang yang takutkan komitmen. Well, masanya untuk kamu selidik!




Ruang penuh dengan gambar nostalgia

Semua gambar kenangan dari kecil hingga dewasa tergantung cantik di dinding rumah. Walaupun nampak jejaka ini hargai masa kecilnya, sebenarnya dia jenis susah untuk move on. Si dia selesa hidup dalam kenangan. Kemungkinan besar dia punya hubungan yang cukup erat dengan keluarganya.



Bersih dan kemas

Selamat! Jejaka ini tahu bagaimana atur kehidupannya. Hati-hati, jejaka begini juga memerhati penampilan kamu. Kemungkinan besar dia jenis ambil masa berjam-jam untuk bersiap kerana si dia akan pastikan banyak mata memerhati dirinya sebaik keluar langkah dari rumah.

Ruang penuh dengan baju dan pinggan kotor

Perkara pertama yang terlintas di fikiran kamu; “Duh, jejaka ini pengotor dan pemalas!” Siapa tahu jejaka itu sibuk hingga tak ada waktu untuk buat kerja rumah. Kajian membuktikan keadaan bilik bak tongkang pecah menandakan si dia jejaka yang kreatif.

So anda pilih pasangan yang macam mana?

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,662 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen