Bila Isteri Tak Pandai Masak, Suami Jangan Cepat Sangat Kondem Tapi Cuba Beri Sokongan Sikit.

 

Tak semua orang bertuah tahu masak sejak sebelum berkahwin lagi, ada juga yang selepas kahwin barulah nak belajar memasak. Tap apa yang penting usaha nak masak itu ada. Yang orang lelaki pula, jangan nak harap isteri itu dah tahu serba serbi sedangkan anda pun masih baru bertatih nak belajar jadi suami yang baik, jadi sama sahaja isteri.


Orang tua-tua selalu cakap, orang perempuan ini kalau sebelum kahwin tak tahu masak tak apa, sebab lepas kahwin nanti boleh belajar masak ikut selera suami, tapi yang penting kena rajin-rajin masuk dapur barulah tak kekok depan mak mertua.

Ini jangan pula tak pernah masuk dapur bila mak mertua minta bawang merah anda pula bagi bawang putih, pening kalau dapat menantu macam ini. Itu yang kalau mertua masam muka dengan menantu jangan tanya kenapa.

Usaha untuk memasak itu penting sebenarnya, jangan main beli kat kedai je.

Petua orang tua dulu dalam pikat hati suami adalah pikat perutnya dulu baru hatinya akan terpikat dengan anda.



Jadi orang lelaki kalau dapat isteri yang tak tahu masak ini jangan kondem je, tapi support sikit isteri untuk rajin ke dapur.

1. Sentiasa belikan barang masakan.

Kalau selalu dia bagi alasan barang tak cukup nak memasak, anda sebagai suami penuhkan peti sejuk dan dapur dengan bahan masakkan yang mencukupi. Dari pelbagai jenis lauk dan sayuran anda sediakan. Barulah, dia pun nak masak tinggal pilih dan tak ada alasan lagi.

2. Ajak join masak apa hari ni (MAHN)

Kalau dekat situ boleh tengok macam-macam resepi yang dikongsi, bahkan sifu-sifu masakan pun kadang kala kongsi. Dari lauk pauk hingga ke kek, semuanya ada resepi. Sedikit sebanyak ia bantu nak naikkan semangat si isteri untuk memasak, dan cuba masakan baru.



3. Suami kena berani cuba.

Sebagai tanda sokongan, apa sahaja yang isteri masak suami kenalah cuba. Walaupun kadang rupanya ke laut cinta selatan sekali pun suami kena juga rasa dan sokong isteri. Selepas itu jangan bagi komen yang menyakitkan hati isteri tapi bagi komen yang membina, barulah isteri ada semangat.

4. Jangan kata “tak sedap”.

Kalau keluar sahaja ayat ini tentu akan buat isteri kecil hati malah patah semangat nak memasak. Jadi sentiasa beri kata sokongan macam kalau tak sedap pun katalah “boleh makan tapi kalau repair sikit lagi tentu sedap”. Kata-kata anda itu akan menjadi semangat buat isteri.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,059 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen