Guna Taktik 'Habuan' Minta Suami Bantu Kerja Rumah, Tentu Sepantas Kilat Selesai.

 

Orang lelaki kalau disuruh buat kerja rumah memang liat sikit, nak-nak lagi selepas kahwin. Mana tidaknya, bagi orang lelaki selepas kahwin ini semua perkara isteri yang kena buat, walaupun dalam Islam menyatakan bahawa kerja rumah ini adalah tugas suami dan jika isteri lakukan, itu adalah ihsan seorang isteri.


Ahh, tapi disebabkan dah menjadi satu kebiasaan dan satu didikan, jadi ramai yang menganggap bahawa itu adalah kerja isteri dan suami hanya sekadar cari nafkah sahaja.

Memang pening kepala kalau suami tak nak mengalah ini. Akan tetapi anda sebagai isteri, jangan lupa cepat melenting. Cuba untuk relax dan cuba untuk cari jalan penyelesaian yang mudah.



1. Bincang dengan suami.

Cuba untuk berbincang dengan suami tentang agihan kerja. Yang ini kena buat masa awal-awal kahwin lagi. Masa inikan masih baru dah kentut pun bau wangi, jadi tentu sahaja segala kata anda akan diturutkan. Jadi masa inilah minta suami lakukan apa dan jangan lakukan apa. Mudah sikit nak ringankan beban.

2. Cakap terus terang nak suami bantu apa, jangan meleting tiba-tiba.

Selalunya orang perempuan ini dia buat dulu, bila dah penat tak larat tiba-tiba akan marah dan melenting. Adalah lebih baik kalau anda cakap terus terang dekat suami nak dia lakukan apa. Kalau suruh jaga anak, cakap jaga anak. Kalau suruh kemas rumah, cakaplah kemas rumah. Jangan nak main marah tiba-tiba je.



3. Jangan nak mengarah.

Orang lelaki ini ada ego mereka, jadi mereka ini tak suka sekiranya diri mereka ini diarah-arah untuk lakukan itu ini. Lebih baik kalau anda guna perkataan “tolong” atau “boleh tak”. Jangan lupa juga nada kena manis dan lembut sedikit. Suami yang dengar pun sejuk je hati itu.

4. Habuan.

Buat satu perjanjian, di mana kalau suami bantu anda, dia akan dapat apa. Tak kisahlah habuan apa, yang mudah-mudah pun okay juga sebenarnya. Macam masakan makanan kegemarannya, beri dia main game atau bagi dia lepak. Mesti terus on punya suami anda itu.

Kadang orang perempuan ini selalu sangat salah guna nada dan taktik. Mana tidaknya, nak minta tolong suami tapi jerit-jerit memang sakit telinga suami nak dengar. Itu belum lagi kalau tiba-tiba datang tengking-tengking, suami pun terus panas bontot.

Jadi kalau nak minta bantuan, mintalah macam merayu, suami pun sejuk hati je mendengarnya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 628,732 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen