Orang Perempuan Sahaja Yang Bimbang Akan Perkara Ini, Tapi Lelaki Tak Peduli Pun.

 

Seseorang yang betul-betul menyayangi diri anda dan ikhlas terima anda seadanya, tentu tidak pernah kisah akan kekurangan diri anda. Malah, segala yang anda rasa malu dan bimbang itu dia tak pernah ambil peduli pun selagi anda sentiasa bermain di hatinya.


Kalau orang perempuan ini, selalunya dia akan bimbang akan gaya tudunglah, kulit wajah yang bermakeup atau tidaklah itu ini dan macam-macam lagi. Mungkin nak nampak perfect di hadapan yang tersayang akan tetapi orang lelaki tak kisah pun rupanya.

Apa yang orang lelaki tak kisah tapi orang perempuan selalu bimbang ini?



1. Anda ini makeup atau tidak.

Bagi lelaki, kalau anda dah cantik di matanya, tak kisahlah anda makeup ke tidak ke tetap cantik pada matanya. Itu belum kira mengenai anda mandi atau tidak. Orang lelaki ini tak tahu bezakan pun mengenai makeup ini, apa yang dia tahu anda memang sentiasa cantik pada pandangan matanya. Eh, macam sweet sangat bukan?

2. Berat badan anda bertambah pun dia tak peduli.

Anda terasa berat badan yang bertambah, lihat wajah yang semakin membulat. Akan tetapi dia tak namapk pun segala perubahan itu. Yang dia nampak hanyalah anda sahaja. Yang lain itu dia tak ambil peduli pun kerana baginya anda sentiasa sama sahaja.



3. Kalau anda sedang datang bulan.

Selalunya, kalau orang perempuan datang bulan, tentu akan mudah beremosi bukan, tapi orang lelaki tak peduli dan tak peka. Bukan itu sahaja, kadang kala nak tukar tuala wanita pun dia tak kisah pun. bagi anda ia memalukan, akan tetapi bagi dirinya itu perkara normal setiap wanita. Eh, macam dia pula yang faham perempuan.

4. Berapa kali anda sudah berdating.

Orang perempuan memang sangat terperinci orangnya. Sampaikan apa yang anda lakukan saat dating pun dia boleh ingat. Itu belum lagi simpan tiket wang dan resit-resit makan, eh macam saiko pun ada. Akan tetapi orang lelaki tak peduli pun semua itu. Bagi dia berapa banyak kali dating itu tak penting yang penting masih dengan orang yang sama.



5. Ke mana nak makan hari ini?

Kalau orang perempuan bab-bab pilih makanan ini memang cerewet. Kejap nak makan itu, kejap nak ini. Kejap pula tak nak. Sebab itu orang lelaki ini layan je apa yang orang perempuan nak. Kalau ikutkan apa dia nak tentu kena reject dengan orang perempuan, baik ikutkan jelah.

Selama ini orang perempuan sibuk fikirkan sama ada pasangan anda peduli atau tidak, rupa-rupanya dia tak kisah pun...

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,788 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen