Nak Isteri Hormat, Nak Isteri Taat... Suami Kena Hormat & Taat Isteri Dahulu.

 

Sebagai seorang suami, tentu sahaja anda mahukan isteri dan anak-anak hormat serta taat kepada anda. Mana tidaknya, sebagai ketua keluarga tentu sahaja anda rasa diri anda begitu berkuasa hingga membuatkan orang sekeliling perlu lebih hormat kepada diri anda.


Akan tetapi, kalau anak-anak serta isteri tak hormat anda, maka anda akan memaksa mereka ini hormat anda. Sebab itu, bila salah faham berlaku, anda akan tunjuk kuasa anda. Anda akan tunjukkan siapa yang berkuasa dalam keluarga itu, tapi itulah kalau anda tidak tahu hormat mereka bagaimana mereka nak menghormati anda.

Suami-suami, ini sedikit nasihat buat anda daripada seorang suami juga, iaitu Firdaus Shakirin. Hadam dan fahami dengan baik, sangat berguna buat anda.



Apa yang seorang suami mahukan dari seorang isteri...?

Sebagai suami, tanya diri kita sendiri tentang apa yang kita mahukan dari seorang isteri…

Kita nak dia jadi isteri yang macam mana…

Kita nak dia menghormati kita? Then kita tanya pada diri sendiri, apa yang kita dah buat untuk dihormati? Adakah kita melayani dia dengan baik? Adakah kita memahami dirinya? Adakah kita prihatin terhadap perasaannya? Adakah kita dah memenuhi hak-hak seorang isteri yang sepatutnya dia dapat dari seorang suami?



Kita nak dia masak sedap-sedap? Adakah kita dah menyediakan keperluan-keperluan yang mencukupi untuk dia masak sedap-sedap? Adakah kita dah menyediakan peralatan-peralatan untuk dia memasak? Adakah kita dah bagi duit untuk dia beli bahan-bahan mentah untuk dia memasak?

Kita nak dia taat pada diri kita? Then, adakah kita dah taat kepada Allah? Adakah kita tak mengabaikan atau meninggalkan solat? Adakah kita dah “menghidupkan” suasana rumahtangga kita dengan agama?



Kita nak dia bahagia? Adakah kita selalu menggembirakan diri dia? Adakah kita selalu menyakiti hati dia?Ada tak perbuatan-perbuatan atau tutur kata kita yang dapat membuatkan dia terasa, dia terluka atau dia kecewa?

Banyak persoalan yang bermain difikiran…apa yang seorang suami mahukan dari seorang isteri…bila kita fikir dalam-dalam, baru kita akan dapat jawapan…apa yang kita mahu itu sebenarnya adalah apa yang kita perlu buat dahulu, kemudian baru kita akan dapat apa yang kita mahu…

So ask ourselves, apa yang kita "DAH" buat sebagai seorang suami pada hari ini?

The answer to your question is within you...


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,537 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen