Kadang Rasa Annoying Tapi Tetap Sayang…

 

Dalam mana-mana hubungan pastinya ada salah seorang yang berperangai annoying atau menyakitkan hati. Tak kira sama ada tingkah laku, mahupun percakapannya. Namun, annoying annoying pun sayang jugak.



Dulu sebelum memilih dia, sanggup saja terima perangai dia walau tak suka macam mana pun. Yelah, perasaan cinta dan sayang mengatasi segalanya. Selepas dah dapat dia, haruslah layankan saja perangai dia yang pelik atau annoying itu. Mulut je kata annoyed, tapi kalau sehari tak jumpa si annoying tu mesti tak senang duduk kan? Mesti rindu kan?



Perempuan biasanya yang bersikap annoying ini, suka buat pasangannya marah dengan benda-benda kecil. Kadang-kadang tu sengaja cari pasal, lepastu bila kena marah, tahu pula merajuk. Sebagai lelaki anda perlu faham terlebih dahulu perangai pasangan anda yang sebegitu. Jangan marah si dia secara melulu, mungkin si dia lain dari yang lain. Kalau tidak ada perangainya yang begitu, mungkin sunyi hari-hari anda.

Lelaki ni kata je perangai perempuan annoying la, menyakitkan hati la, tapi dia tetap sayang sebenarnya. Lebih baik ada pasangan yang sebegini daripada yang sunyi dan tegas sahaja. Nak bergurau pun susah. Perempuan ni walaupun kadang-kadang berperangai annoying, tapi ada masa dia boleh bertegas dan manja juga. Itu bukannya sifat semulajadi yang akan diakhiri, tapi itu hanyalah watak sampingan yang hanya ditunjukkan kepada orang yang dia sayang saja.



Walau apa pun perangai pasangan anda, selagi tidak memudaratkan dan merosakkan hubungan, hargailah dia dan waktu-waktu bersamanya selagi dia ada. Bila suda tiada nanti rindu memanjang pula. Biasalah manusia selalunya bila ada depan mata tidak dihargai, bila dah hilang tahu pula tercari-cari.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 598,249 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen