Bangun Tidur Pun Tengah Hari, Ada Hati Nak Kahwin…

 

Baik lelaki mahupun wanita, semasa bergelar bujang, bangun tidur lambat pada hari cuti sudah menjadi kebiasaan bagi mereka. Mereka hanya akan bangun apabila sudah terasa panas ataupun setelah mendengar bebelan daripada ibu. Namun tidak semua orang bujang macam ni, ada juga yang sering bangun awal untuk beriadah atau memang sejenis yang suka bangun awal.



Bagi wanita yang suka bangun lambat ni, pastinya anda telah skip atau meninggalkan sarapan pagi di mana sarapan pagi adalah sangat penting untuk badan kita. Meski untuk orang yang sedang berdiet sekalipun dinasihatkan supaya tidak meninggalkan sarapan pagi. Jadi, bagaimana nanti apabila sudah berkahwin? Sipakah yang akan sediakan sarapan pagi buat suami anda? Takkan lah sudah kahwin pun kena sarapan di kedai mamak lagi.



Apabila sudah meningkat dewasa, dan punyai keinginan untuk berkahwin, siapkanlah diri untuk menempuh alam rumahtangga yang ternyata sangat berbeza dengan zaman bujang. Jika anda seorang yang tidak suka bangun awal, sekurang-kurangnya cubalah bangun awal sedikit demi sedikit. Ini untuk mengelakkan kejutan budaya apabila sudah berkahwin nanti, perlu bangun awal untuk siapkan sarapan suami, mengurus anak-anak, dan sebagainya.



Bagi lelaki pula, sangat sinonim dengan tidur hingga ke tengah hari, lebih-lebih lagi pada hari cuti. Terfikirkah anda bagaimana selepas kahwin nanti? Perlu bangun lebih awal daripada waktu kerja untuk hantar anak ke sekolah, hantar isteri ke tempat kerja dan sebagainya. Selain itu apabila sudah berkahwin nanti, takkan lah waktu cuti mahu tidur sahaja? Rajin-rajinlah menolong isteri mengemas rumah, basuh baju, mengasuh anak dan bawa anak dan isteri beriadah.

Jika sudah punyai perancangan untuk ke alam perkahwinan, maka persiapkan juga diri untuk menempuh dugaan dan cabaran dalam rumahtangga nanti. Bila sudah punyai keluarga sendiri, kita tidak lagi dapat berseronok seperti di zaman bujang, kita sudah punyai tanggungjawab dan amanah yang perlu dilaksanakan.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 472,284 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen