Wanita Ini Banyak Cakap, Kalau Tiba-Tiba Diam Itu Bahaya.

 

Isteri ini memang banyak bebelannya, akan tetapi setiap bebelannya tentu mahu berikan yang terbaik buat orang yang dia sayangi. Alah senang cerita, kalau nak tahu mood seorang wanita itu bahagia dan gembira lihatlah bagaimana dirinya bercakap dan bercerita. Orang perempuan ini memang suka bercakap malah ada juga yang kalau bercakap memang tak akan berhenti. Nak berhenti tunggu dia tidur ataupun makan.


Untung kalau pasangan anda ini jenis bercakap sahaja, jadi kalau dia diam anda boleh tahu bahawa mood dan emosinya tak begitu baik. Sebab itulah jangan gembira kalau tiba-tiba pasangan anda ini sudah mula tak berkongsi cerita dengan anda malah tak juga nak membebel lagi.

Saat dirinya sudah tak membebel mahupun berkongsi cerita, saat itulah dirinya sudah makin jauh dengan anda. Saat itu jugalah anda akan merasa kehilangan. Bahkan, saat ini jugalah hati isteri anda semakin menjauh.



Nak tahu kenapa?

Apabila seorang wanita itu lebih banyak diam dalam hubungan, hatinya mula berubah. Di mula tak bahagia dengan hubungan, malah dia juga ingin jauhkan diri daripada anda. Ini yang bahaya sebenarnya.

Bila dia mula tak nak bercakap, anda pula akan tercari-cari silap dah salah anda. Anda akan jadi ingin tahu kenapa dia senyap, kenapa dia tidak membebel lagi, adakah segala perkara yang anda lakukan ini sudah tiada salah.



Isteri yang senyap ini sangat berbahaya, di mana, dia sudah tidak mahu memperdulikan diri anda, malah dia sedang mencipta kebahagiaan dirinya sendiri.

Bila lihat pasangan anda sudah mula tak berkongsi apa-apa, sudah tidak membebel... jangan senyap dan biarkan sahaja. Jangan nak seronok kerana tiada yang akan menegur anda. Akan tetapi segera bertanya keadaannya. Jika anda hanya membiarkan, jangan terkejut kalau dia pergi dari hidup anda.

Hati-hati, diamnya wanita ini bahaya!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,052 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen