Bimbang Dengan Diri Sendiri, Bukan Bimbang Dengan Apa Yang Orang Kata.

 

Orang kita ini selalu sangat bimbang akan apa yang orang kata, bukannya bimbang dengan apa yang bakal berlaku pada diri sendiri. Apa yang selalu difikirkan adalah apa yang akan orang cakap kalau anda lakukan ini, bukannya apa kesan yang akan ada terima jika mengambil langkah tersebut.


Anda perlu sedar, dalam setiap perkara yang anda lakukan malah apa yang ada pilih, ia akan memberi kesan kepada diri anda. Anda yang perlu tanggung akibat dari perbuatan anda itu, bukannya orang lain. Apa yang orang tahu adalah terus berkata-kata, bukannya orang-orang yang mengata anda itu.

Biasanya orang yang mengata ini apabila mereka ini tak mampu nak miliki kehidupan seperti anda. Bukan itu sahaja, ada juga yang cemburu dengan diri anda. Malah, ada juga yang sengaja menghasut anda melakukan perkara tersebut kerana ingin memastikan bahawa anda juga akan berdepan dengan situasi yang sama.



Sebagai contoh,

Bab mencari pasangan hidup. Ada yang akan menyatakan bahawa umur semakin meningkat nanti tak ada orang nak. Nanti jadi bujang telajak, anak dara tua dan sebagainya. Itu akan membuatkan anda terburu-buru dalam mencari jodoh. Bila terburu-buru, anda pun main pilih sahaja siapa-siapa pasangan anda akhirnya bila tersalah pilih pasangan, siapa pula yang merana? Bukan orang yang mengata ada tetapi diri anda sendiri bukan?

Sama juga macam majlis perkahwinan anda. Mengapa anda memilih nak lakukan besar-besaran? Sebabnya bimbang orang sekeliling mengata. Sebab itu kalau boleh nak buat majlis yang gah biar tak ada yang cakap belakang. Anda lebih rela membuat pinjaman serta berhutang sana sini hanya bimbang apa yang orang kata. Anda patut sedar, siapa yang akan membayar hutang tersebut? Adakah orang yang mengata ataupun diri anda sendiri?



Orang selagi nak bercakap dan mengata ini akan terus mengata. Apa yang anda lakukan dia akan terus bercakap juga. Tak semua perkara anda boleh ikut dan puaskan hati semua orang.

Anda sepatutnya pentingkan diri anda dahulu dan tidak menyusahkan diri anda sendiri. Ini kerana, semakin anda dengar kata-kata orang sekeliling, kesannya akan kena pada diri anda.

Tidak kisahlah anda kahwin lambat sekalipun tak apa, asalkan anda bersama dengan orang yang tepat. Sama juga dengan, tidak kiralah kalau majlis anda itu kecil-kecil sahaja pun, kerana yang membayar hutang itu anda bukannya orang yang mengata.

Jangan bertindak zalim dengan diri sendiri, bahagiakan diri anda dahulu barulah orang sekeliling.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 472,448 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen