Selalu Hebohkan Hubungan Kerana Takut Pasangan Simpan Orang Lain Dalam Diam.

 

Orang kata selagi belum halal, selagi belum menjadi pasangan suami isteri yang sah, adalah lebih baik kalau anda tak hebohkan hubungan yang belum tentu menjadi itu. Mana tidaknya, kalau anda hebohkan hubungan yang masih terawang-wang itu, nanti kalau tak jadi akan dapat malu.


Lagi satu bukan sahaja kalau tak jadi nanti malu, malah hubungan seperti ini yang masih belum halal ini mudah mendatangkan fitnah. Apa yang semua anda lakukan akan menjadi buah mulut orang, malah mana-mana sahaja orang akan beri pandangan yang tak manis. Tentu sahaja ia tidak bagus buat diri anda.

Jika anda seorang perempuan, tentu akan lebih banyak kata-kata yang akan diberikan kepada anda. Mana tidanya, maruah diri orang perempuan ini tinggi dan berharga berbanding orang lelaki. Jadi kalau ada sebarang fitnah atau kata-kata buruk yang tersebar tentu orang perempuan akan lebih cepat mendapat kesannya.



Sebab itulah tak digalakkan hebohkan hubungan yang masih belum halal lagi.

Berlainan pula dengan orang lelaki. Kalau apa pun yang terjadi, mereka ini tak akan ada kurang atau lebih. Semuanya akan sama sahaja. Lelaki dan perempuan ini berbeza.

Namun begitu, tentu akan ada sahaja yang berpendapat bahawa kalau hubungan yang dijalinkan dalam diam nanti akan memburukan hubungan sendiri. Ini kerana macam-macam perkara yang boleh terjadi.



Antaranya;

1. Pasangan boleh simpan orang lain malah ada juga yang akan pasangan dua tiga tanpa pengetahuan pasangan lain.

2. Orang lain akan cuba untuk mendekati pasangan anda kerana merasakan dia masih belum ada pasangan.

3. Rasa hubungan tak selamat kerana tak ada mata-mata yang membantu anda.

Bila dah sayang, perkara ini akan menjadi normal malah anda juga rasa takut kehilangan bukan. Tapi satu perkara yang perlu anda percaya adalah bahawa jodoh dan pertemuan itu adalah kerja Allah. Maka jika anda terlalu yakin bahawa dia jodoh anda akan tetapi Allah kata bukan, maka bukanlah.

Akan tetapi kalau anda jaga hubungan anda dalam diam, akan tetapi Allah kata itu jodoh anda, maka berjodohlah kalian. Sebab itulah, bab-bab jodoh ini lebih baik anda percaya dan yakin akan aturan yang Allah berikan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 490,602 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen