Nak Confess Tanpa Tak Nak Kena Reject, Perhatikan Perkara Ini Dulu.

 

Ada orang bila dah sukakan seseorang, dia memang berani nak beritahu isi hatinya. Mana tidaknya, dia takut kalau-kalau nak luahkan isi hatinya sekarang ini, nanti dikebas orang pula. Itu yang ramai pilih nak luahkan je. Akan tetapi ada juga yang takut-takut nak luahan sisi hati mereka. Mana tidaknya takut kena reject.

Kadang kala, perasaan yang ada itu tak boleh nak simpan lama, mana tidaknya kalau tak luahkan rasa macam tak tenang sahaja nak lalui rutin harian. Akan tetapi kalau diluahkan macam akan ada yang tak kena juga.


Namum macam mana kalau dia pun sukakan diri anda balik, aik boleh jadi ke?

Sebelum anda nak confess seseorang, cuba lihat perkara ini dahulu.

1. Kena berani untuk direject.

Hati orang ini anda tak tahu. Boleh jadi dia memberi layanan yang baik kerana menganggap anda ini sebagai rakannya bukannya seseorang yang mahu untuk dijalinkan hubungan. Jadi bila pilih nak cakap isi hati ini, kena bersedia dengan sebarang kemungkinanlah cerita dia.



2. Kena tahu dulu isi hatinya.

Jangan nak main confess je tanpa ambil peduli hatinya. Mana tahu dia sudah ada pasangan ke, ataupuun sudah ada seseorang yang dia sukai. Kalau anda luahkan juga, tentu kena reject punya. Tak cukup itu sahaja, kena ambil tahu keadaan hatinya. Mana tahu kalau dia pernah terluka dan perlukan masa untuk move on, masa ini juga tak sesuai buat anda.

3. Jangan memaksa.

Kalau orang dah tak suka ataupun menolak diri anda. Jangan pula anda memaksa dirinya untuk menerima anda pula. Bab-bab hati ini mana boleh paksa. Kalau paksa pun belum tentu akan bahagia, sebab itulah kalau boleh jangan main paksa-paksa, Biarkan dia terima anda dengan hati yang terbuka.




4. Tunjukkan kesungguhan anda.

Memaksa dah tak boleh, jadi apa yang anda boleh lakuka adalah dengan tunjukkan kesungguhan diri anda. Di mana, seseorang akan lebih mudah terpikat dan cair apabila ada kesungguhan yang ditonjolkan oleh seseorang. Lama-lama cairlah.

5. Angkat kaki cari lain.

Kalau ada rasa dia dah ada pasangan atau seseorang yang disukai, malah kalau anda yakin bahawa dia akan menolak anda, apa yang boleh anda lakukan? Tentu sahaja angkat kaki cari lain sahaja. Kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 527,909 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen