Disebalik Senyuman Lelaki, Hati-Hati Dengan Rahsia Kemanisannya.

 

Senyuman anda itu, menggambarkan siapa diri anda. Senyuman ini boleh pacar bagaimana keadaan diri anda malah ia juga menjadi salah satu penampilan yang penting. Tak cukup dengan itu, senyuman ini juga mampu lihat keikhlasan hati anda.

Senyuman ini adalah salam perkenalan yang pertama, di mana anda akan senyum dahulu bukan bila jumpa seseorang. Senyuman ini juga mampu membuat seseorang angau sepanjang hari. Ini kerana senyuman yang ikhlas mampu memikat hati sesiapa sahaja.


Akan tetapi terdapat pelbagai jenis senyuman pada diri seseorang. Kalau wanita mungkin mudah untuk dibaca, akan tetapi kalau lelaki. Tentu sahaja anda perlu lebih memahami.

Rahsia disebalik senyuman lelaki.



1. Senyum lebar nampak baris gigi.

Ini senyuman seorang lelaki yang memiliki keyakinan yang tinggi. Bukan itu sahaja, dia juga seorang yang realistik dalam hidup. Akan tetapi kelemahannya mudah selesa bila sudah senang. Mereka ini juga adalah orang yang sentiasa menerima apa sahaja seadanya dan sentiasa bersyukur.

2. Senyum bibir terkatup rapat.

Kalau dari sisi tidak eloknya, mereka yang senyum seperti ini biasanya ada masalah mulut berbau ataupun masalah gigi. Kalau dari segi karakter pula, lelaki yang senyum seperti ini adalah seorang yang licik masalah bersifat misteri. Malah, mereka ini juga sukar untuk mendekati wanita.



3. Senyum sekilas.

Pernah tengok orang yang macam nak senyum tak nak senyum? Biasanya mereka ini adalah orang yang introvert dan sukar untuk menyesuaikan diri dalam satu keadaan yang baru. Akan tetapi bila dah lama kenal, dia adalah orang yang paling banyak katanya.



4. Senyuman palsu.

Jangan mudah terpedaya dengan senyuman yang lebar serta diikuti dengan gelak ketawa. Bila ketawa, matanya tidak akan tertutup seiring dengan senyuman. Seolah-olah ada perkara yang ingin disembunyikan atau dirahsiakan. Orang yang sentiasa memberi senyuman palsu ini juga sering nampak tak tenang jika dilihat terus ke matanya. Orang seperti ini katanya susah nak setia pafa yang satu.

Senyuman ini ada pelbagai jenis, jadi anda perlu lebih bijak dan cerdas untuk pastikan bahawa seseorang itu ikhlas ataupun tidak dengan diri anda.

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,812 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen