Isteri Pun Nak Masa & Ruang Pulihkan Diri Mereka Dari Keletihan, Bukan Suami Je Yang Tahu Letih.

 

Ada suami-suami ingat bahawa isteri ini hanya gotang kaki sahaja di rumah, mana tidaknya kerja di rumah bukannya berat pun. Akan tetapi itu yang suami rasa dan fikirkan, realitinya suami tak tahu keadaan sebenar di rumah bagaimana sepanjang suami berkerja.

Walaupun sekadar di rumah sahaja, tetapi mendidik anak, menguruskan rumah ini akan mengerah mental dan fizikal seorang isteri. Apa yang isteri anda alami tak sama macam yang anda tonton di kaca tv.

Suami-suami kena buka mata sedikit bahawa, isteri ini penat berjuang sorang-sorang di rumah tanpa bantuan anda, malah kalau anda ada pun belum tentu nak hulurkan bantuan. Akan tetapi, cuba sekali sekala beri peluang untuk isteri pulihkan diri mereka.


Buat suami-suami, ini nasihat buat diri anda.

Isteri perlukan masa, ruang dan peluang untuk refresh dan resetkan semula diri dia…

Isteri perlu pemulihan...

Maksudnya, dia perlu untuk segarkan semula diri dia untuk apa yang dia dah lalui dalam rumahtangga tu…kebiasaannya, seorang isteri selalu akan mendahulukan anak-anak dan suami dalam apa jua keadaan sekalipun…Tanpa kita sedari, mereka mengorbankan kegembiraan sendiri, kemahuan hati dan apa yang diri mereka perlukan untuk keluarga…



Bila balik kerja, kita tengok isteri kita yang ada dalam rumah tu...tengok keadaan dirinya, tengok pakaiannya...
Betapa strugglenya dia dalam melaksanakan tugas sebagai seorang isteri dan seorang ibu sehingga kekemasan diri pun tak sempat difikirkannya, asalkan bila suami balik, makanan dah siap masak, rumah dah bersih, anak-anak dah mandi, kerje sekolah anak-anak dah siap..

Itu yang kita nampak...

Yang kita sebagai suami tak nampak ialah apa yang perlu dilaluinya sehingga boleh masak sampai siap macam tu, berapa kali kena kemas umah dari pagi sampai petang, berapa kali menjerit pada anak-anak, berapa banyak kerja-kerja rumah yang dilakukan isteri dalam masa sehari...

Lama-kelamaan, isteri akan stress, akan tertekan dengan apa yang dibuatnya setiap hari…perkara yang sama, dibuat berulang kali...

Suami perlu mengurangkan stress ni, menghilangkan tekanan ini dengan cara, bagi dia rehat secukupnya…



Rehat yang diperlukan isteri itu bagaimana?

Salah satunya ialah dengan bercuti...Keluarkan isteri dari rumah itu, tinggalkan sekejap suasana dan persekitaran yang sama, yang hari-hari dia dah hadap dan tempuhi itu untuk tengok suasana dan persekitaran yang baru…

Take a new breath...

Bawa dia shopping, bawa makan luar, bawa pergi pasar malam, bawa bersiar-siar, beli hadiah dan bantu dia dalam urusan hariannya...membantu dia dalam urusan hariannya merupakan cara yang paling mudah untuk dilakukan dan ianya tak melibatkan sebarang kos atau wang ringgit…hanya kemahuan untuk tolong isteri...

Isteri perlukan masa, ruang dan peluang untuk me'refresh'kan dan me'reset'kan diri dia semula supaya she can continue to do the best for her family...

Anyway, she deserves it right?

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,752 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen