Mengapa Hadirnya Dia Tatkala Bahagia Sedang Menyapa...

 

Mana-mana hubungan sama ada hubungan kekasih mahupun hubungan suami isteri, pastinya mahukan kebahagiaan yang berpanjangan hingga ke hujung nyawa. Tidak ada pasangan yang inginkan hubungan separuh jalan sahaja, melainkan apabila ada sahaja halangan yang memaksa keadaan itu terjadi.


Mana ada pokok bergoyang jika tiada angin. Begitu juga dalam hubungan, jika tiada pihak yang membuka ruang, tiada siapa yang boleh masuk dalam hubungan tersebut. Jika benar sayang, usah biarkan ada ruang terbuka untuk hadirnya orang lain ke dalam hubungan anda. Apabila sekali membiarkan, pasti sukar untuk mengundur kembali meski tiada niat untuk serius di awalnya.



Paling tidak, sebelum berbuat apa-apa tindakan, fikirlah tentang pasangan anda. Tergamakkah anda menduakan dia dan mencintai orang lain sedangkan sebelum ini hanya dia yang bertahta di hati? Di mana janji untuk setia sampai mati? Sebegitu mudah melupakan kebaikan si dia apabila hadirnya seseorang yang mungkin dianggap lebih sempurna dari si dia.

Siapapun pasti terkilan tatkala hubungan baru sahaja ingin mencapai di puncak bahagia, ada pula orang ketiga yang cuba meragut kebahagiaan itu. Sia-sialah pengorbanan dan kesetiaan selama ini andai hubungan bakal berakhir disebabkan perkara itu. Sesungguhnya hati orang yang setia itu boleh menjadi sekeras-kerasnya apabila cintanya tidak dihargai atau dicurangi.



Hargailah apa yang ada di depan mata, hargailah masa bersama sehingga mencapai ke tahap ini. Jangan kerana ada godaan dan ujian yang kecil, anda tinggalkan hubungan yang semakin membesar. Tidakkah berasa sayang akan hubungan dan si dia yang selama ini bersama anda sedari anda tidak punya apa-apa sehingga kini segalanya hampir tercapai. Cinta bukan untuk mainan, tetapi cinta adalah sebuah penghargaan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,925 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen