Kalau Hubungan Lalu Anda Putus Kerana 5 Perkara Ini, Itu Tanda Anda Belum Matang Akan Perhubungan.

 

Setiap orang tentu sahaja pernah bercinta, malah ada juga yang pernah putus cinta kerana merasakan hubungan tak ke mana. Banyak sebab rupanya perpisahan itu berlaku, bukannya sebab tak ada sefahaman sahaja.

Nak-nak lagi masa bercinta itu masing-masing masih muda lagi, masih terikut-ikut akan perasaan yang muda lagi. Bahkan ada juga yang berpisah kerana masih belum matang dan tak percayakan hubungan cinta ini, itu yang menyebabkan mengapa perpisahan berlaku.


Namun begitu, macam mana nak tahu bahawa hubungan yang tak jadi itu kerana sikap tidak matang diri sendiri bukannya salah pasangan?

Kalau pasangan berlaku curang, itu memang salah dirinya. Sama juga dengan jika anda berlaku curang. Itu memang salah anda. Ada beberapa sebab perpisahan yang menandakan bahawa kalian ini masih belum matang lagi dalam perhubungan.



1. Kerana pasangan sentiasa sibuk.

Kalau anda dalam satu hubungan yang matang, tentu sahaja anda faham mengapa pasangan anda sentiasa sibuk. Sudah tentu dia sedang berkerja. Kalau anda terlalu memaksa dan curiga dengan dirinya, boleh jadi ia rimasa itu yang malas nak hubungi anda. Jika ini puncanya maka anda masih belum faham lagi macam mana hubungan yang matang.

2. Pasangan jarang lakukan kejutan.

Biasanya ketika anda masih tak matang memang suka sangat kejutan dari pasangan. Akan tetapi kalau anda dah matang, anda lebih mememilih untuk simpan wang sahaja. Mana tidaknyua, nak kahwin nanti banyak wang yang perlu dikeluarkan. Jadi kalau nak buat kejutan jangan selalu, lebih baik selepas kahwin.



3. Lebih fokus kepada kerja.

Jika anda masih belum matang, tentu anda mahukan dirinya fokus kepada diri anda bukannya kepada kerja. Ini kerana, anda sangat dahagakan perhatian dan berharap dirinya selalu bersama anda. Tetapi anda tak sedar bahawa usaha kerasnya itu adalah kerana dia ingin menghalalkan anda.



4. Tak romantik.

Pasangan tak romantik, pasangan tak manjakan diri anda, pasangan tak tunaikan apa yang anda mahu. Ini semua adalah satu permintaan dari pasangan yang tak matang. Kalau anda matang, anda tahu bagaimana romantiknya pasangan anda itu dan apa uniknya dirinya.

5. Bukan relationship goal.

Ini selalu sangat terjadi, berpisah kerana anda merasakan hubungan anda tak macam dekat internet dan drama? Anda memang tak matang dan mudah sangat terpengaruh. Ini sebenarnya punca kenapa ramai orang berpisah.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,052 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen