Kadang Bukan Keadaan Fizikal Yang Dipandang, Tetapi Hati Yang Baik Pilihan Utama.

 

Bila dalam mencari jodoh ini bukan hanya nak pandang luaran sahaja, dalaman pun kena tengok-tengok juga. Kadang kala, anda lihat yang luaran sahaja menang tip top dan terbaik, akan tetapi dalaman pula sebaliknya. Ini yang membimbangkan sebenarnya.

Jika anda memilih sekadar untuk lihat luaran sahaja, anda sendiri akan rugi kelak. Mana tidaknya, luaran sahaja macam rupa paras, wang ringgit, pangkat dan sebagainya itu hanya pinjaman. Bila sampai masanya nanti, ia akan mula kedut, wang akan mula habis malah boleh jadi hilang pangkatnya juga. Sebab itu semua hanyalah pinjaman sementara sahaja.


Kalau anda memilih dalaman pula, seperti hati yang baik, sopan santun mudah bertolak ansur serta tahu menghormati orang lain, tentu sahaja perkara ini akan kekal selamanya. Sebabnya ia berada di dalaman yang memang akan lahir dengan sendirinya. Malah, jika anda memilih hati, sampai ke tua nanti, pasangan anda masih kekal sebagai mana yang anda lihat pada waktu ini.



Jadi, dalam mencari pasangan itu jangan nak pandangan luaran sahaja tetapi cuba lihat sekali dalamannya. Ini kerana, dia akan menjadi pasangan anda untuk ke akhirnya. Tak akanlah sebabkan dirinya tak lawa dan juga tidak berpelajaran tinggi membuatkan anda menyatakan dia bukan pasangan yang baik.

Pasangan yang baik bukan hanya diukur berdasarkan kepada segala kemewahan yang diberikan kepada anda. Bukannya mampu belikan anda iphone setiap kali anda pengeluaran yang baru. Akan tetapi pasangan yang baik ini adalah bagaimana dirinya memahami anda, bertanggungjawab terhadap anda serta anak-anak malah mampu berkongsi kerja rumah tanpa rungutan. Ini barulah pasangan yang baik.



Akan tetapi tak cukup itu sahaja, dia juga lebih memilih untuk meluangkan masa bersama anda berbanding dengan rakan-rakannya. Inilah pasangan yang terbaik sebenarnya. Tetapi itulah, ramai yang nak pandang yang ada pangkat dan wang ringgit sahaja. Yang biasa-biasa seperti ini, memang jarang sekali nak dipandangnya.

Nak cari pasangan ini bukan untuk sehari dua sahaja, tetapi cari yang sanggup untuk kekal bersama dengan anda selamanya. Jika anda memandang rupa paras sahaja, maka begitu juga pasangan anda. Akan tetapi kalau anda memilih berdasarkan hatinya tentu sahaja dia pun akan memandang yang sama pada anda.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,668 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen