Masih Teringat Akan Bekas Kekasih, Anda Menyesal Berpisah Dengannya?

 

Ketika saat ini, anda masih lagi belum mampu move dari hubungan yang lalu. Walaupun, kini anda telah berjumpa dengan pasangan yang baru. Akan tetapi anda masih lagi mengingati kenangan yang lama. Bukan tak mahu melupakan, tetapi ia tetap terus berlegar difikiran anda.

Kadang rasa nak hubungi dirinya, nak cari balik dirinya malah ingin bina semula hubungan lalu. Akan tetapi macam mana kalau dirinya sudah mempunyai kekasih hati, bahkan sudah dimiliki.


Tapi anda, masih lagi tak mampu nak mulakan hubungan baru, malah hubungan juga selalu tak jadi kerana bayangkan cinta yang lama.

Pernah atau tidak anda terfikir bahawa anda ini sebenarnya menyesal kerana berpisah dengan dirinya. Nak tahu kalau anda ini sebenarnya menyesal ataupun tidak, cuba lihat 4 perkara ini.



1. Cuba untuk menghubungi dirinya.

Ketika anda sedang cuba untuk mencari bekas kekasih anda walaupun apa pun alasan macam nak minta maaf atau apa pun, itu sebenarnya tanda bahawa anda menyesal berpisah dengan dirinya. Ini kerana, dia merasakan bahawa dengan kata maaf ataupun mendengar suara anda dirinya akan kembali rindu serta menginginkan anda kembali.

2. Membandingkan bekas kekasih dengan pasangan sekarang.

Kalau ini juga anda sedang lakukan sekarang? Boleh jadi sebenarnya anda masih belum cukup move on lagi. Bahkan pasangan yang ada sekarang ini hanya ingin menutup rasa sunyi di hati serta ingin menggantikan bekas kekasih anda yang lalu. Alah, kira macam nak buat yang anda masih bersama bekas kekasih anda, itu yang selalu bandingkan mereka berdua.



3. Masih ambil tahu mengenai bekas kekasih.

Mungkin anda tak hubungi dirinya, tetapi anda masih lagi stalk media sosial bekas kekasih. Cari tahu sekarang dia lakukan apa, bersama siapa dan pelbagai lagi. Anda menjadi obses untuk tahu mengenai dirinya. Tak cukup dengan itu, anda cuba untuk bertanya dengan rakan-rakannya mengenai bekas kekasih anda.



4. Terus menerus bercerita mengenai bekas kekasih.

Kalau orang yang berkahwin dan berpisah lalu ingin rujuk kembali dikatakan sebagai gila talak, anda pun sama sahaja. Cuma yang membezakan adalah anda masih belum berkahwin dengan dirinya. Anda begitu berharap bahawa dirinya akan mencari anda semula.

Apa yang telah terjadi ini anda sepatutnya redha agar apa yang datang akan lebih baik. Akan tetapi kalau anda ini terus menerus begini, anda akan semakin jauh dengan kebahagiaan. Jadi terima hakikat dan mulakan hidup yang baru.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,940 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen