Bila Berlaku Perselislihan Faham Antara Suami isteri, Tak Ada Istilah Menang Atau Kalah.

 

Kadang kala salah faham datang dengan tiba-tiba, malah boleh jadi juga pertengkaran yang kecil menjadi besar. Tak cukup dengan itu, macam-macam masalah tiba-tiba datang hingga membuatkan pasangan suami isteri bermasam muka antara satu sama lain.

Tak cukup dengan itu, dalam setiap masalah yang timbul itu, macam-macam cara perdebatan agar salah seorang terasa dirinya akan menang. Akan tetapi, selagi tak rasa itu semua, selagi itulah rasa tak puas hati dalam diri pasangan.


Punca yang memisahkan sepasang suami isteri iaitu imaginasi yang disampaikan syaitan kepada salah seorangnya untuk membenci pasangannya. (Ibnu Kathir)

Maka...
Ketika suami-suami bertelagah, syaitan membisikkan input jahat kepada salah seorang atau kedua-duanya mereka untuk terus bersengketa dan akhirnya berpisah.



Justeru...
Wajib disedari bahawa banyak ketika dan keadaan, kata-kata dan tindakan yang menyakitkan ‘bukan’ daripada pasangan kita tetapi hakikatnya hasutan syaitan.

Akhlak isteri adalah bayangan suaminya begitulah sebaliknya. Fahami dan hayatilah itu...

InsyaAllah kita kan berlapang dada atas kelemahan dan kesalahan pasangan kita.

Dalam perselisihan antara suami dan isteri, tiada istilah kalah atau menang, hanya ada kalah-kalah atau menang-menang.

Suami isteri adalah satu... dua hati, satu rasa.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,991 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen