Nak Tambah Pendapatan Untuk Majlis Kahwin. Apa Kata Anda Cuba 5 Perkara Ini.

 

Setiap orang ada perancangan untuk majlis perkahwinan mereka. Di mana, bila majlis akan berlangsung, ataupun berapa lama tempoh pertunangan yang akan diambil. Semua ini adalah perancangan setiap individu dan juga pasangan mereka.


Akan tetapi letaklah berapa lama tmpoh sekali pun, tentu sahaja ia memerlukan kewangan yang cukup untuk melangsungkan majlis perkahwinan tersebut. Jadi apa yang lebih penting bukanya tempoh masa itu, akan tetapi adalah kewangan yang cukup untuk langsungkan majlis kalian.

Jika kalian mempunyai pasangan yang sanggup membantu, itu sudah tentu perkara yang patut anda syukuri. Akan tetapi kalau pasangan anda hanya menyerahkan pada anda seorang, maka anda perlu berusaha dengan lebih gigih lagi.

Jadi apa yang boleh anda lakukan untuk tambah kewangan dan pendapatan anda dengan lebih cepat?

Banyak cara sebenarnya, cuma yang membezakan sama ada anda ingin lakukan ataupun tidak sahaja.

1. Ambil tempahan makanan.

Sekarang ini banyak orang lebih suka membeli dan masak sendiri. Nak-nak lagi yang berkerja, kerana tiada masa nak lakukan semua itu sendiri. Jadi lebih baik kalau anda ambil tempahan makanan, tak kiralah pada hujung minggu ataupun pada hari biasa. Makanan yang macam mana boleh anda ambil tempahan, boleh jadi Shell out, tahu bergerdil, masakan kampung serta menu makanan tengah hari. Nampak macam ringkas je, tapi untung banyak.



2. Buat grab food atau food panda.

Ada motosikal? Guna untuk pergi kerja dan balik kerja sahaja? Apa kata anda gunakan motosikal anda itu sebagai mata pencarian anda juga. Di mana, anda boleh buat grab food atau food panda yang menghasilkan sedikit penambahan pendapatan. Boleh dilakukan selepas pulang kerja ataupun pada hujung minggu. Service ini pun banyak orang inginkan.



3. Jadi dropship atau agent.

Ini juga satu peluang perkerjaan yang mudah, di mana anda hanya perlu menjual produk sahaja tanpa mengganggu kerja sebenar anda. Jika anda rajin, wang sebagai dropship atau agent ini mampu tambahkan pendapatan anda dengan lebih berganda lagi.

4. Cari kerja part time.

Kalau semua itu anda tak sanggup lakukan, maka gigihkan diri untuk kerja part time. Biasanya ini akan membantu juga penambahkan kewangan anda. Jika dengan kerja ini anda mampu tamabh RM900 sebulan, maka itu satu jumlah yang banyak bukan?



5. Buat overtime sebanyak mungkin.

Kalau susah sangat dan macam-macam alasan untuk semua perkara itu, maka buatlah overtime sebanyak mungkin. Tapi itu pun kalau tempat anda berkerja membenarkan anda untuk lakukan overtime.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,853 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen