Amalkan 5 Perkara Ini Untuk Miliki Hari Yang Baik Setiap Hari.

 

Nak dapatkan hari yang baik setiap hari tentulah ia perlu bermula dengan diri anda sendiri, dimana orang lain tak akan memberikan anda hari yang baik tetapi kalau diri anda tentu sahaja mampu berikan yang terbaik. Setiap pengalaman yang berlaku dalam hidup ini adalah pengajaran yang bermakna buat diri anda.

Kalau ada pengalaman yang buruk, maka jangan simpan di dalam hati. Akan tetapi kalau pengalaman yang manis tentu sahaja perlu disimpan dan sentiasa menjadi bahan kenangan anda bukan.


Akan tetapi dalam hidup ini tentu sahaja ada hari-hari yang membaik malah ada juga hari yang buruk. Namun ada cara sebenarnya bagaimana nak mendapatkan hari yang buruk menjadi baik secara tak langsung membuatkan hari anda sentiasa baik.

1. Jangan lupa Allah.

Sebagai seorang hamba, jangan sesekali melupakan Allah yang menciptakan anda. Utamakan Allah dalam setiap apa yang anda lakukan. Kalau anda merasakan ada waktu yang tidak begitu membaik, jangan lupa untuk berdoa dan meminta pertolongan darinya. Apabila anda sentiasa hidup dengan mencari keredhaan Allah, maka setiap perkara yang dilalui itu akan menjadi lebih mudah.



2. Tentukan keutamaan.

Hari-hari anda adalah waktu yang sibuk, setiap hari berkerja malah ada juga yang perlu menguruskan rumahtangga. Penat memang penat akan tetapi anda pelru jadi bijak, di mana mengutamakan dahulu yang paling utama. Kalau tak mampu jangan paksa diri. Itu yang membuatkan anda lebih tertekan sebenarnya.

3. Cari tahu apa yang anda mahukan dalam hidup.

Apa yang paling penting dalam hidup adalah kegembiraan dan kebahagiaan diri sendiri. Maka dengan itu anda perlu cari apa yang membuatkan diri anda bahagia dan gembira, kerana itulah akan menjadi apa yang anda mahukan. Boleh jadi ia adalah suatu yang membebankan, boleh jadi tidak. Apa yang anda mahukan dalam hidup?



4. Jangan mudah untuk terasa puas dengan apa yang ada.

Manusia sememangnya adalah orang yang tidak pernah puas dengan setiap perkara. Ini lebih baik sebenarnya, kerana apabila anda tidak berpuas hati terhadap sesuatu ia akan membuatkan anda cuba menjadi yang lebih baik, malah menghasilakan sesuatu yang baik. Itu yang membuatkan anda terasa puas dengan pencapaian anda.

5. Jangan malas nak buat perancangan.

Biasnya dengan masalah pengurusan masa ini akan membuatkan seseorang itu berdepan masa yang sukar. Jadi anda perlu rancang dengan sebaiknya, walaupun tak menjadi seperti yang anda harapkan akan tetapi anda telah bersedia untuk berdepan dengan sebaliknya. Sebab itu jangan begitu mudah rasa selesa.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,130 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen