Kenapa Selepas Jalinkan Hubungan, Orang Lelaki Mula Berubah?

 

Dalam satu hubungan yang terbina, kebanyakkan orang lelaki ini akan mula berubah apabila terjalinnya satu hubungan. Di mana, usahanya sudah tak sama seperti dahulu yang mana akan bersungguh-sungguh nak pikat hati si gadis.


Ramai perempuan yang perasan bahawa, pasangan mereka semasa dalam tempoh memikat mereka ini akan bersungguh-sungguh malah segala bagai skill akan digunakan hingga membuat hati si gadis ini cair. Dari ayat-ayat yang manis, dari perbuatan dan pelbagai lagi.

Akan tetapi setelah berada dalam hubungan, seperti percintaan atau perkahwinan, pasangan mereka berubah. Sedikit dingin, sentiasa sibuk malah ada juga yang tak ada masa buat pasangan. Mengapa perkara ini selalu terjadi?



Ada berberapa sebab mengapa terjadinya hal-hal seperti ini.

1. Seseorang masa belum dapat dia akan cuba dan usahakan untuk memilikinya. Akan tetapi setelah berjaya dapatkan, dia akan mula mengabaikan dan tidak menjaganya dengan baik.

2. Sesetengah lelaki beranggapan bahawa, apabila dia berjaya memiliki pasangannya maka dia akan selamanya berjaya miliki hatinya. Sedangkan dia tak sedar bahawa hati ini boleh berubah bila-bila masa sahaja.

3. Ada juga yang bila dah dapat pasangannya sekarang ini, mula memandang atau mengejar gadis lain. Biasanya lelaki seperti memang jenis tak cukup satu ataupun dia jenis mempermainkan hati perempuan. Kalau jumpa pasangan macam ini kena hati-hati.

4. Kadang kala bukan salah orang lelaki sahaja, ada juga yang salah orang perempuan. Di mana, orang perempuan ini sebelum hubungan tak pening kepala tetapi selepas berhubungan makin banyak pula yang dia mahukan. Kejap nak itu, kejap nak ini. Memang pening kepala pasangan nak layan.

5. orang perempuan punya overthinking kadang kala melebih-lebih, sedangkan pasangan tak buat apa pun. Tapi itu semua hanya fikiran dan perasaan orang perempuan sahaja. Itu yang kejap pasangan berubahlah apalah. Sedangan itu semua rasa takut kehilangan pasangan sahaja.



Buat wanita,

Jangan takut kalau orang lelaki ini endah atau tidak semasa percintaan kalian, kalau dia betul-betul sayang anda tentu hanya anda sahaja di hatinya. Akan tetapi bimbang dan risaulah saat kalian sudah berkahwin, jika dia tiba-tiba berubah, cari tahu dan serikan rumahtangga anda.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,976 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen