3 Pertunjuk Dia Jodoh Anda Menurut Islam.

 

Setiap orang tentu mahukan jodoh yang terbaik bukan? Tak kiralah sebagai suami ataupun isteri, tentu anda mahukan seseorang yang terbaik dalam hidup anda. Mana tidaknya, kalau boleh nak berkahwin ini hanya sekali sahaja tak ada dua tiga kali dah.

Jodoh yang baik itu bukan datang dari wajahnya yang tampan, wang ringgit yang berjuta-juta ataupun seberapa tinggi pangkatnya, melainkan melihat bertapa dekatnya dirinya kepada Allah. Di mana, semakin dekat dirinya dengan Allah, maka semakin baiklah seseorang itu.


Selalunya anda hanya pandang betapa baiknya seseorang akan tetapi empat pertunjuk dari Allah yang telah tertulis di dalam ayat Al-Quran.



1. Sifat yang sama (An-Nur;26)

Pasangan itu adalah cerminan diri kita, maka dengan itu kalau nak dapat pasangan yang baik maka kenalah bermula dengan diri anda sendiri. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik begitu juga sebaliknya.

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.
(Surah An Nur 24 : 26)


2. Merasa tenang (Ar-Rum;21)

Apabila anda mendekati dirinya, anda terasa begitu selesa, tenang dan rasa dilindungi, mungkin dia adalah pasangan jiwa anda.


Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.
(Ar-Ruum 30:21)



3. Memahami anda dengan baik (Al-Furqan; 74)

Dia memahami kekurangan anda, siapa diri anda, malah kalian berdua sama-sama berjuang untuk memperbaiki kelemahan diri masing-masing. Itu yang membuatkan dia pasangan yang sesuai buat anda.

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.
(Al-Furqaan 25:74)

Carilah 3 perkara ini dalam setiap mereka yang anda percaya dia itu jodoh anda.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 595,237 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen