Jatuh Cinta Itu Mudah, Yang Sukar Adalah Pertahankan & Terus Kekal.

 

Jatuh cinta ini mudah sahaja, dengan melihat gambar ataupun melihat seseorang, anda boleh jatuh cinta. Nak-nak lagi kalau jatuh cinta pandang pertama, lagi mudah dan begitu pantas. Kadang kala tak sedar pun yang anda itu sedang mabuk cinta. Namun, jatuh cinta itu mudah akan tetapi nak kekal bertahan itu yang menyukarkan.


Semua orang boleh jatuh cinta, semua orang mampu untuk jatuh cinta. Akan tetapi tak semua orang mampu pertahankan cinta mereka malah kekal bersama cinta mereka itu selamanya.

Yang susah bukannya jatuh cinta, di mana tak tahu nak jatuh cinta pada siapa. Akan tetapi yang membuatkan cinta ini sukar adalah bagaimana nak kekalkannya malah bagaimana nak terus bertahan. Pasti anda akan tertanya-tanya mengapa orang berkahwin bukan? Sudah tentu kerana mereka ini saling jatuh cinta.



Jadi bagaimana nak buat sebuah hubungan itu bahagia? Terutama pasangan suami isteri yang saling mencintai. Tetapi yang membuat mereka ini bahagia bukannya kerana saling cinta akan tetapi kerana mereka ini bijak mempertahankan hubungan mereka berdua.

Hubungan yang bahagia ini bukan hanya sekadar saling mencintai sahaja. Jika anda fikirkan itu sahaja, sebenarnya tak mencukupi. Anda perlu selitkan sedikit perkara-perkara lain untuk kekal saling jatuh cinta.

Sebagai contoh, tanggungjawab. Kalau hanya cinta sahaja tanpa tanggungjawab tentu perasaan akan pudar dari hari ke hari. Tapi kalau cinta disertakan dengan tanggungjawab tentu akan terasa bahagia antara keduanya bukan?



Bukan itu sahaja, ada juga yang meletakkan saling menghormati sebagai perkara yang penting dalam mengecapi bahagia. Ini juga sebenarnya satu perkara yang betul. Di mana, bila anda menghormati pasangan ada maka segala perkara akan menjadi lebih mudah dan tiadalah salah faham dan pertengkaran yang kerap berlaku.

Namun begitu, mana ada hubungan yang akan begitu sempurna tanpa ada sedikit ujian yang akan menggegarkan sebuah hubungan. Akan tetapi kalau anda tahu bagaimana nak kekalkan dan pertahankan satu hubungan itu, tentu sahaja anda mampu melalui segala ujian dengan lebih mudah dan juga matang.



Ujian yang datang dalam hubungan anda itu kadang kala sekadar nak menguji sahaja, malah ia juga datang untuk menggoyangkan hubungan anda, akan tetapi kalau anda bijak untuk mengawal segala-galanya terutama semua perkara dan keadaan tentu sahaja ia bukan satu masalah besar dalam hubungan anda.

Hubungan ini bukan hanya bagaimana kalian saling mencintai sahaja atau siapa orang yang membuat anda jatuh cinta. Akan tetapi ia bagaimana anda mempertahankan hubungan serta bagaimana nak kekalkan hubungan yang ada. Kalau hanya lihat macam mudah, tetapi bila laluinya baru anda sedari.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,788 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen