Jauh Mana Kau Pergi, Kau Takkan Jumpa Yang Sempurna.

 

Dalam hubungan, pastinya perkara pertama yang kita lakukan adalah cuba cari tahu mengenai dirinya dan mengenal hati budinya. Kita cari persamaan, perbezaan dan keserasian untuk mengetahui sama ada kita dan pasangan boleh teruskan ke hubungan yang lebih serius atau sebaliknya.



Namun, jika selepas mengenal hati budi dan perangai, kita dapati ada yang tidak seperti yang kita mahukan, atau dengan kata lain dia punyai kekurangan yang tidak kita harapkan, solusinya adalah bukan tinggalkan dia. Sebaliknya berilah dia ruang dan peluang untuk memperbaiki kekurangan itu jika mampu. Jika dia tidak mampu, apa salahnya jika belajar menerima kekurangannya dan anggaplah ia sebagai satu keunikan yang tiada pada orang lain.



Sesungguhnya tidak ada manusia yang dilahirkan sempurna. Walau lebihnya di situ, pasti ada kurangnya di sini. Kita sendiri juga punyai kekurangan yang mungkin kita tidak sedar tetapi disedari oleh orang sekeliling. Jangan terlalu mengejar kesempurnaan sehingga terlupa untuk mensyukuri apa yang ada di depan mata.



Dalam mencari pasangan, pilihlah seseorang yang mempunyai kelebihan dan kekurangan supaya kita dan pasangan boleh saling melengkapi. Barulah dikatakan serasi dan sepadan. Jika mencari yang sempurna tanpa cacat cela, sejauh manapun pergi, pasti tidak akan jumpa. Silap besarlah jika seseorang itu sanggup meninggalkan seseorang demi mencari yang lebih sempurna.



Apa yang penting adalah perlunya sifat bersyukur. Jika kita sentiaa bersyukur, In Sha Allah tiada apa yang kita perlu takuti dengan ketidaksmpurnaan kerana sesungguhnya sempurna itu adalah milik Allah sepenuhnya.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,075 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen