Tak Yakin Sebab Anda Bukan Lelaki Tinggi, Ini Tips Bergaya Buat Lelaki Yang Sedikit Rendah.

 

Siapa kata lelaki yang tinggi lampai sahaja yang sesuai untuk bergaya dan malah kelihatan lebih kacak di mata wanita. Lelaki yang mempunyai fizikal yang rendah juga boleh bergaya dan menarik perhatian wanita, sama seperti apa yang lelaki lain buat.

Baik lelaki tinggi ataupun rendah, kedua-duanya mempunyai keistimewaan yang tersendiri bukan. Bahkan hati lebih penting berbanding fizikal yang anda.


Bagi lelaki yang mempunyai fizikal yang rendah, mungkin agak susah untuk mereka memilih pakaian yang sesuai dengan tubuh badan. Memilih pakaian tanpa meneliti terlebih dahulu boleh menyebabkan anda kelihatan lebih pendek dari saiz yang sedia ada.



Apa kata ikut 10 tips di bawah untuk nampak kelihatan lebih tinggi.

1. Pilih pakaian yang bercorak menegak dan saiz corak menegaknya kecil. Jangan pilih pakaian bercorak melintang.

2. Pilih saiz baju yang sesuai dengan saiz badan. Tidak terlalu ketat, hanya ‘ngam-ngam’ dengan bentuk badan. Elakkan dari membeli pakaian yang bersaiz besar dan longgar kerana anda akan kelihatan seperti kanak-kanak.

3. Jika anda memakai tali leher, pilih tali leher jenis skinny tie. Untuk aksesori lain seperti jam dan tali pinggang, anda digalakkan memilih yang bersaiz kecil dan ringkas.

4. Seterika seluar anda untuk mengelak daripada nampak tak kemas. Bila seluar tidak kemas, anda akan nampak lebih rendah dan tak terurus.



5. Pilih baju t-shirt yang berleher V berbanding baju t-shirt yang berleher bulat.

6. Elakkan dari memakai kasut yang mempunyai tapak yang tinggi.

7. Jangan simpan rambut terlalu panjang. Gaya rambut spike lebih sesuai.



8. Elakkan membeli atau memakai pakaian yang warnanya terlalu terang kerana ianya akan menampakkan bentuk tubuh anda yang rendah.

9. Pakai jaket yang ada satu atau dua butang sahaja. Elakkan dari memakai dua lapis jaket.

10. Jangan pakai tali pinggang yang mempunyai warna yang berbeza dengan pakaian. Contoh, memakai baju dan seluar berwarna putih, dipadankan dengan tali pinggang hitam.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,788 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen