Berwuduk Kemudian Makeup Sah Ke Solat Anda?

 

Perkara ini sebenarnya agak menjadi satu keraguan untuk dilakukan, kerana mungkin ia sedikit ada kekeliruan di dalamnya. Namun begitu, Islam ini terkenal dengan cara yang mudah malah pelbagai cara yang sesuai dengan seseorang individu.

Sama juga seperti kes berwuduk kemudian bermakeup ini, jika dilihat awalnya mungkin macam keliru tetapi selepas mendapat penjelasan daripada Ustaz Farid Rashidi ini tentu akan lebih jelas.


"Bagaimana pula sebelum make-up (berhias) kita dah siap-siap ambil wudhuk untuk solat (Misalnya akad nikah waktu zohor) lepas itu make-up adakah solat kita sah?"



Ok, jom semak jawapan.

• Sah solat sekiranya bahan yang digunakan untuk make-up itu tidak diperbuat daripada sumber berunsurkan najis. Tak sah solat kalau semua bahan itu ada sumber diperbuat daripada bahan najis.

Sheikh Nawawi Al-Jawi berkata:

“Syarat sah solat yang kedua ialah bersih daripada najis yang tidak dimaafkan (لا يعفى عنها) pada baju iaitu pakaian yang dipakai, bersih najis daripada badan termasuk hidung, mata dan telinganya. Juga bersih najis daripada tempat solat yang mana jika ada najis boleh terlekat pada anggota badan atau pakaian.”
[Rujuk Kasyifah Al-Saja Syarh Safinatunnaja, halaman 119]

• Batal wudhuk kalau tersentuh pak andam nyah lembut aw aww yang solekkan. Tak payahlah susah payah upah mak andamke pak andamke ya. Suruh je adik, akak atau Mak Cik touch-up sikit-sikit. Simple dan natural cukup. Jimat duit.

• Batal wudhuk jika terkentut sebelum sempat solat. Mana tau nervous nak akad nikah punya pasalkan. Dah batal, kalau make-up nipis oklah boleh berwudhuk balik. Kena yang macam Opera Peking, mau subuh esok baru siap. Hehe.

Ok, harap jelaslah ya. Apapun, elakkan bertabarruj (berhias berlebihan) sebab ia berdosa dan haram. Biarlah simple sudahlah. Nak kahwin dan tunjuk kecantikan pada suami kan? Bukan pada Tok Qadi.

Apapun, kecantikan asli itu lebih indah. Hindarkan penipuan yang keji. Sharelah ilmu ini, moga jadi pedoman.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,484 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen