Wanita Jangan Lupa Amalkan 4 Jenis Makanan Ini. Ia Dapat Bantu Kesuburan Anda.

 

Sebelum berkahwin orang tanya bila nak kahwin, bila dah kahwin pula orang akan tanya pula bila nak dapat zuriat bukan? Ini yang membuat ramai terasa bimbang dan kalau boleh nak elakkan perkara-perkara yang menguris hati. Tapi itulah, anda hanya mampu merancang Allah yang menentukan segalanya.

Memiliki zuriat selepas perkahwinan sudah pasti menjadi impian bagi setiap suami isteri . Namun masih ada yang tidak mendapatkan cahaya mata walaupun sudah lama berkahwin dan telah mencuba pelbagai kaedah bagi mendapatkan cahaya mata.


Ada sesetengah wanita yang cepat hamil walaupun baru beberapa bulan berkahwin dan ada pula wanita yang mengambil masa bertahun-tahun . Ia mengikut rezeki bagi setiap suami isteri.

Kadang-kala perkara ini disebabkan genetik yang sukar untuk anda hindari, namun makanan juga boleh menjadi faktor ketidaksuburan wanita.

Antara makanan yang anda boleh amalkan untuk membantu anda agar cepat hamil adalah:

1. Sayur-sayuran

Antara sayur yang bagus untuk meningkatkan kesuburan adalah bayam. Ini kerana sayuran yang berwarna hijau mempunyai zat besi dan kalsium yang diperlukan bagi menjaga proses pranatal. Ia bertujuan untuk menjaga tulang belakang bagi minggu awal kehamilan.

Brokoli juga bagus untuk mematangkan telur dan proses ovulasi. Ini kerana ia mengandungi jumlah vitamin C yang tinggi.



2. Buah-buahan

Untuk mendapat kitaran haid yang teratur, wanita disarankan untuk memakan pisang. Ini kerana jika anda mempunyai kitaran haid yang teratur, kebarangkalian untuk mandul adalah rendah kerana kandungan vitamin B6 yang tinggi.

Selain itu, avokado juga bagus untuk meningkatkan tahap kesuburan. Ini kerana kandungan konsentrasi kalium yang ada dalam buah tersebut. Kalium amat penting bagi menjaga fungsi saraf.



3. Bawang putih

Bawang putih mengandungi selenium yang merupakan mineral yang memberi perlindungan terhadap keguguran awal dan dengan itu ia dapat meningkatkan tahap kesuburan anda.



4. Kekacang

Kekacang seperti badam, walnut, gajus, pistachio dan sebagainya mengandungi asid folik dan omega-3 yang baik untuk kesuburan wanita. Walaupun hampir semua kekacang dianggap baik untuk wanita yang ingin hamil akan tetapi kacang badam merupakan yang terbaik kerana kehadiran sejumlah besar vitamin E.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,059 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen