Ini Antara Sebab Berkawan Dengan Bekas Kekasih Adalah Perkara Yang Paling Tak Logik Jika Anda Lakukan.

 

Ada orang cakap bahawa berkawan dengan bekas kekasih adalah salah satu tanda bahawa anda seorang yang matang dan cepat memaafkan seseorang, akan tetapi wajar ke perkara ini menjadi satu ukuran kematangan?

Sedangkan banyak lagi perkara yang boleh menjadi ukuran bahawa anda ini seorang yang matang ataupun tidak. Akan tetapi berkawan dengan bekas kekasih ini adalah satu perkara yang sangat tak logik dilakukan oleh sesiapa pun.

Namun begitu, jika anda seorang yang kuat dan mampu untuk berkawan dengan bekas kekasih anda, mungkin anda seorang yang luar biasa. Akan tetapi berkawan dengan bekas kekasih? Wajar ke?


Ini adalah beberapa sebab mengapa anda tak perlu berkawan dengan bekas kekasih anda walaupun nak ukur bahawa anda matang atau tidak, tapi ini logiknya kalau anda berkawan dengan si dia itu.



1. Sebab pernah ada rasa cinta dan kasih sayang.

Adakah anda rasa wajar jika dahulu anda pernah ucapkan sayang dan rindu bagai, kini anda hanya sekadar berkawan sahaja dengan dirinya. Bukan ke perasaan ini akan terus bermain di fikiran dan hati anda hingga membuatkan anda sukar nak terima orang lain. Itu belum lagi jika ia melibatkan rasa cemburu dengan apa yang bakal bekas kekasih anda lakukan.

2. Salah seorang mungkin belum move on.

Seperti yang anda tahu bahawa, move on ini memang akan ambil masa yang agak lama bergantung kepada orang juga. Namun, jika selepas perpisahan anda memilih untuk berkawan dengan bekas kekasih anda, bukan ke itu akan membuatkan anda semakin sukar nak move on. Tak cukup dengan itu, anda masih menyimpan dia di dalam hati anda.



3. Berharap nak kembali bersama.

Inilah yang paling jelas dan akan berlaku kepada anda. Di mana, anda berharap bahawa anda mampu baiki hubungan yang telah terpisah itu. Salah seorang tentu akan anda perasaan sebegini. Saat inilah anda merasakan bahawa perpisahan bukan jalan terbaik buat anda, sedangkan berkawan itu yang salah sebenarnya.

Ini adalah sebab mengapa anda tak perlu berkawna dengan bekas kekasih anda. Kalau kematangan diukur dengan cara ini, biarlah kata tak matang pun, yang penting tidak bersama orang yang salah.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,027 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen