Sampai Bila Nak Bermasam Muka Dengan Menantu, Takut Esok-Esok Dia Yang Jaga Saat Anda Uzur.

 

Masalah menantu dan mertua ini kalau difikirkan memang tak akan habis sampai ke akhirnya kalau antara berdua ini tak mencari jalan penyelesaian yang baik. Kalau si menantu kenalah banyak mengalah, sebab itukan ibu suami anda, manakala si mertua pun kena mengalah juga sebabnya itu pilihan anak anda.

Kalau terus sindir menyindir dan bermasam muka, sampai bila pun masalah tak akan selesai. Lebih baik cara pendamaian dan terima antara satu sama lain. Fikirkan orang yang anda sayang bukannya fikir diri sendiri.


Mana tahu esok lusa dia yang akan menjaga anda apabila sakit tak boleh bangun. Cuba hadam nasihat daripada Firdaus Shakirin ini.

Mertua, kalau hari ini awak tak suka menantu perempuan awak, maka fikirlah sekali lagi...

Cubalah untuk menyukainya sebelum terlambat...

Kenapa...?



Kerana kita akan semakin tua, tahap kesihatan kita akan semakin merosot...kita akan uzur, takkan cergas dan kuat macam dulu lagi...kita akan menghadapi kesukaran untuk menguruskan diri kita sendiri, kita akan cepat lupa...

Pandangan kita akan kabur...

Dan ketika itu, kita hanya dapat mengharapkan bantuan dan pertolongan dari anak lelaki kita, tolong kita, urus kita, jaga kita, pimpin kita, mandikan kita dan suap kita makan...

Tapi dia perlu bekerja...

Dia perlu mencari rezeki dan dia akan suruh isterinya untuk menjaga kita...isterinya itu siapa?



Menantu kita...

Menantu yang kita tak suka itu la yang akan menguruskan kita...menantu yang kita benci itu la yang akan memandikan kita...menantu yang selalu kita mengata dan mengumpatnya itu la yang akan menyuap kita makan...

Anak kita kena bekerja dan kita kena faham...

Jadi, jika ada mertua diluar sana yang masih tak suka menantunya, fikirlah la baik-baik, fikirlah dalam-dalam...Menantu awak tu adalah pilihan anak awak, dia suka dan selesa dengan pilihannya...dia bahagia dengan pilihannya...

Kenapa kita tidak suka dengan pilihan anak kita?

Terimalah menantu awak seadanya dirinya, berbuat baiklah kepadanya, bimbinglah dia kerana satu hari nanti, awak akan dijaga olehnya...bukan tanggungjawab dia untuk menjaga awak, tapi itu ehsan dari seorang menantu terhadap seorang mertua...

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,052 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen