Beza Wanita Suka Pakai Heels Dan Sneakers, Mana Pilihan Anda?

 

Personaliti seorang wanita biasanya begitu penting pada pandangan mereka. Tak cukup dengan itu, ia juga perlu disertakan dengan penampilan yang menarik. Dari hujung rambut sampai hujung kaki tentu sahaja wanita mahu kelihatan begitu sempurna di matanya untuk tampil lebih yakin. Selalunya, kita hanya dengar pemilihan tudung serta baju sahaja, tapi bagaimana pula dengan kasut?


Setiap wanita mempunyai citarasa yang berbeza dan ada juga yang berpenampilan berbeza mengikut situasi. Namun sudah pasti ada wanita yang gemar memakai heels berbanding sneakers dan begitulah sebaliknya.



Wanita yang memilih untuk pakai heels ke mana-mana adalah wanita yang pentingkan imej kewanitaan, atau dengan kata lain ingin kelihatan lebih feminin. Mereka ini dikategorikan sebagai wanita yang memiliki sifat keayuan sebenar kerana sering berjalan sopan disebabkan pemakaian heels sememangnya tidak boleh berjalan dengan sesuka hati, nanti jatuh pula.

Pada masa yang sama, mereka yang suka memakai heels ini sebenarnya mereka yang gigih dan kuat berusaha. Mana taknya, bukan senang nak pakai heels, lebih-lebih lagi jika mahu hadiri majlis-majlis penting, kalau tidak biasa, silap-silap boleh terseliuh. Jadi, sebelum mengambil keputusan untuk mengenakan heels untuk apa jua majlis, mereka akan pastikan mereka sudah biasa dan yakin dengan gaya berjalan yang sememangnya agak berisiko jika salah langkah.



Lain pula dengan mereka yang lebih memilih untuk memakai sneakers. Wanita yang memakai sneakers adalah wanita yang inginkan kepantasan contohnya kalau pakai sneakers, senang nak lari jika berlaku apa-apa. Tambahan pula, jika pakai sneakers tidak perlu terlalu menjaga langkah dan berhati-hari semasa berjalan kerana sneakers bersifat rata atau flat sahaja. Wanita yang menggemari sneakers biasanya mereka yang simple dan tidak terlalu tonjolkan sifat femininnya.

Walau apapun pilihan anda, ianya bergantung kepada situasi dan keselesaan anda. Jangan oula memakai heels ketika pergi menonton perlawanan sukan di padang, dan jangan pula memakai sneakers sewaktu memakai baju kurung semasa menghadiri majlis perkahwinan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,418 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen