Bila Dah Tak Lawa, Jangan Buang Tapi Ubah & Bentuknya Seperti Anda Mahukan.

 

Semua orang nak kan yang cantik, yang buru-buruk ini mana ada yang nak. Akan tetapi ramai yang tak sedar bahawa yang buruk itu kalau dijaga dan diusahakan tentu akan menjadi sesuatu yang cantik. Nak-nak lagi kalau dia adalah orang yang telah banyak berkorban untuk diri kita.


Sebagai pasangan suami isteri, tentunya memahami saat-saat ini bukan. Saat anda bercinta dengan dirinya, pasangan anda begitu sempurna di mata anda. Dia begitu cantik, kacak, bijak bergaya malah memang memikat hati anda. Akan tetapi selepas berkahwin, dirinya tak seperti macam yang anda kenal dahulu.

Kalau seorang isteri akan jelas terlihat selepas melahirkan anak. Di mana, dirinya sudah tak terurus kerana berjaga malam, sudah tak sempat nak bermakeup malah nak jaga penampilan di rumah pun kadang tak sempat. Bukan apa dirinya sibuk sangat dengan anak-anak dan menguruskan rumah.



Bukan isteri je yang berdepan akan masalah ini, orang lelaki pun sama sahaja. Kalau masa belum kahwin bukan main jaga perut tak nak buncit. Selepas kahwin, dah tak ada dah nak buat work out lagi dah. Perut tak jaga dah, muka tak jaga malah baju pun main pakai je tak ada nak bergaya bagai. Tak cukup dengan itu, dengan kadang kala lupa pakai perfume pun boleh buat penampilan seorang suami out di mata isteri.

Ini yang bahaya, kalau orang lelaki ingat orang perempuan sahaja kena jaga penampilan, anda salah sebenarnya. Baik suami atau isteri, dua-dua kena jaga penampilan. Kalau suami pandai cuci mata, tak akan isteri tak pandai bukan? Yang membezakannya adalah isteri masih lagi taat pada suami kerana tahu bahawa dirinya ini seorang isteri. Kalau lelaki, dah nampak perempuan cantik terus lupa status sebagai suami.



Kalau suami nampak isteri dah tak cantik dan meletop macam masa baru-baru kahwin dulu, apa kata suami cakap dengan isteri supaya dirinya berubah. Tolong jaga anak-anak, tolong buat kerja rumah malah jangan lupa untuk tolong hulur duit juga. Barulah isterinya ada masa nak jaga penampilan dan bergaya macam dulu kembali.

Sama juga dengan isteri, kalau nampak suami itu macam dah tak sedap je pada pandangan mata anda. Maka ajaklah dirinya bermain di taman bersama anak-anak untuk berjogging, serta belikan apa yang anda mahu suami pakai.



Perkara-perkara ini nampak macam tak penting, tapi sebenarnya ia menjadi penguat satu hubungan. Selepas ini tak payah nak cuci mata dekat luar dah, tinggal tengok pasangan kita sahaja siang malam. Barulah hubungan suami isteri terjaga, malah kalian juga tidak terdedah dengan dosa.

Bila dah tak lawa, jangan buang tetapi ubah dia menjadi seseorang yang anda inginkan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 527,799 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen