Jangan Terkejut Kalau Orang Lelaki Pun Ada Menopaus?

 

Apa yang ramai orang tahu adalah, menopaus ini hanya dikaitkan dengan orang perempuan sahaja. Di mana, seorang wanita yang telah putus haidnya dipanggil menopaus. Selalunya, kita dengar bukan orang lelaki ini bila makin tua makin gatal, tapi bila pula dia nak menopuas? Ataupun menopuse lelaki ini tak sama seperti wanita.

Mari kita fahamkan.


Sesetengah lelaki mengalami simptom ‘menopaus lelaki’ seperti kemurungan, kehilangan nafsu seks, mati pucuk dan simptom fizikal serta emosi yang lain apabila mereka mencapai usia 40-an hingga awal 50-an.

Simptom lain yang biasa berlaku pada lelaki dalam usia ini ialah:

• Perubahan mood dan cepat marah
• Kehilangan jisim otot dan kurang kemampuan untuk bersenam
• Pengagihan semula lemak, seperti perut boroi atau buah dada lelaki (gynaecomastia)
• Kurang keghairahan atau tenaga
• Kesukaran tidur (insomnia) atau cepat penat
• Sukar menumpukan perhatian dan cepat terlupa

Simptom-simptom ini dapat mengganggu kehidupan seharian dan kualiti hidup, jadi penting untuk mencari sebab dan mengenalpasti apa yang boleh dilakukan untuk menyelesaikannya.



Mitos menopaus lelaki

Testosteron adalah hormon yang dihasilkan dalam testis lelaki. Ia lebih daripada sekadar memacu nafsu seks anda. Ia juga menimbulkan perubahan semasa akil baligh, memberikan tenaga mental dan fizikal anda, mengekalkan jisim otot anda, mengawal tindak balas kecemasan anda, dan pelbagai fungsi lain.

Disebabkan testosteron diperlukan untuk pelbagai fungsi yang disebutkan, ramai yang menyangka simptom yang berlaku dengan penuaan adalah disebabkan penurunan testosteron. Istilah menopaus lelaki digunakan secara berlebihan untuk merujuk kepada kumpulan simptom yang dialami lelaki yang berusia.

Istilah ini mengelirukan kerana ia menunjukkan simptom-simptom tersebut adalah hasil penurunan kadar testosteron secara mendadak pada usia tua, seperti yang berlaku dalam menopaus wanita. Ini tidak benar. Walaupun paras testosteron menurun dalam lelaki berusia, penurunan tersebut stabil iaitu kurang daripada 2% setahun sekitar usia 30-40 dan ini tidak mungkin menyebabkan masalah yang ketara.

Sebaliknya, simptom-simptom yang berlaku kebiasaannya berpunca daripada faktor gaya hidup atau masalah psikologi. Krisis pertengahan umur juga mungkin memainkan peranan. Tekanan, kemurungan, kebimbangan, diet tidak sihat dan merokok merupakan antara faktor yang boleh menyebabkan simptom tersebut.



Apa itu menopaus lelaki

Pun begitu, tidak dinafikan, terdapat lelaki yang mengalami ‘menopaus lelaki’ yang sebenar atau andropaus. Berbeza daripada menopaus wanita tidak semua lelaki mengalaminya dan ia mungkin berkait rapat dengan masalah hipogonadisme.

Andropaus melibatkan penurunan pengeluaran testosteron pada lelaki berusia 50 tahun ke atas dan menyebabkan masalah fizikal, seksual dan psikologi. Ia biasanya bertambah teruk dengan penuaan. Ini termasuklah:

• Rendah tenaga
• Kemurungan atau kesedihan
• Motivasi menurun
• Keyakinan diri menurun
• Kesukaran menumpukan perhatian
• Insomnia atau kesukaran tidur
• Lemak badan meningkat
• Pengurangan jisim otot dan rasa lemah fizikal
• Ginekomastia atau perkembangan payudara
• Kepadatan tulang menurun
• Mati pucuk
• Libido menurun
• Kemandulan

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 619,721 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen