Perabot Rumah Pun Boleh Jadi Ukuran Kebahagiaan Sebuah Rumahtangga, Patutlah Setiap Kali Raya Isteri Nak Tukar Perabot Baru.

 

Kadang kala kebahagiaan sesebuah rumahtangga itu bukan hanya diukur melalui hantara benda dan layanan sahaja. Boleh jadi kebahagiaan rumahtangga itu juga diukur melalui keperluan hidup yang mungkin hanya berdasarkan kehendak sahaja bukan keperluan. Macam segala kehendak isteri jika diikuti mungkin boleh jadi hubungan itu bahagia atau sebaliknya.


Selama ini orang hanya mengetahui bahawa kebahagiaan perkahwinan ini ditentukan dengan adanya saling menghormati, komunikasi yang baik serta pengaturan kewangan yang stabil. Namun begitu tak ada yang tahu bahawa perabot rumah juga boleh menjadi penentu kebahagiaan rumahtangga.

Satu kajian yang telah dijalankan oleh Porch, sebuah laman web yang menghubungkan pelanggan dengan pereka dalaman profesional berdasarkan Maslow's Hierarchy of Needs mendapati bahawa menaik taraf sebuah rumah dengan beberapa perabot yang selesa untuk pasangan suami isteri ternyata dapat meningkatkan kebahagiaan dan kepuasan dalam hubungan suami isteri.



Satu kaji selidik telah dijalankan pada 910 orang yang menjalinkan hubungan cinta ataupun perkahwinan, menyatakan bahawa terdapat satu perabot
rumah yang dilaporkan mempunyai kuasa atau peluang untuk tingkatkan cinta dan romantik adalah tab mandi.

Bathtubs menyediakan keselesaan dan ketenangan buat pasangan suami isteri. Mandian hangat bukan sahaja dapat melepaskan tekanan tetapi ia juga akan menjadi saat romantik bagi pasangan.



Akan tetapi perabot lain yang juga memberi keselesaan dan meningkatkan ikatan cinta seperti sofa lembut, pemaidani lembut serta set tempat tidur serta hal-hal lain yang meningkatkan keselesaan.

Jadi bukan sahaja sikap yang diperlukan untuk menghangatkan rumahtangga, ternyata perabot rumah juga memainkan peranan penting dalam menyediakan suasana tertentu dalam rumahtangga.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,537 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen