Jangan Anggap Isteri Itu Beban, Dia Adalah Pelaburan Terbaik Buat Suaminya.

 

Ramai lelaki yang merasakan bahawa perkahwinan ini hanya akan membuatkan pertambahan tanggungjawab serta tanggungan. Jika selama ini dia hanya menanggung dirinya sahaja serta ibu bapanya, jika berkahwin tentu sahaja akan membuatkan dirinya lebih banyak tanggungan.

Apa yang paling menakutkan bagi lelaki adalah apabila isterinya tidak dapat memahami keadaan dan kewangan mereka dan hanya tahu meminta sahaja. Tak cukup itu sahaja, seorang isteri selalunya mengharapkan keinginan yang di luar jangkaan dirinya. Itu yang orang lelaki terfikir-fikir nak kahwin.


Orang lelaki tak nampak bahawa, selepas berkahwin rezeki akan lebih melimpah ruah tanpa sedar. Di mana, rezeki itu datang kerana anda ada penambahan dalam tanggungan anda selain diri sendiri dan ibu bapa, anda akan ada anak-anak serta isteri. Dari sinilah rezeki itu akan muncul tanpa anda sedar.



Malah ada juga yang menyatakan walaupun usaha anda masih sama seperti waktu bujang, akan tetapi tetap sahaja akan ada rezeki yang melebihi selepas kahwin ini. Anda mungkin tak sedar tetapi ia akan tambah sedikit demi sedikit dan anda kan menjadi lebih mudah.

Rezeki akan semakin bertambah sekiranya anda tahu menjaga hati isteri anda. Walaupun tak mampu tunaikan apa yang dia mahu berdasarkan wang ringgit, tetapi jika anda memberi layanan yang elok, selalu menyenangkan hatinya, malah mengembirakan hatinya tentu sahaja rezeki nak masuk dan mendekati anda akan menjadi begitu mudah.



Nak gembirakan hati seorang isteri ini mudah sahaja,

1. Bantu dirinya kemas rumah.
2. Masak untuk dirinya.
3. Tolong jaga anak-anak.
4. Beri ruang untuk dirinya.
5. Tidak berlaku curang.

Inilah pelaburan yang cukup baik yang dilakukan oleh seorang lelaki. Nampak macam remeh je bukan, tapi tak semua orang boleh buat. Perkara-perkara inilah yang membuka jalan-jalan rezeki buat anda selepas dah berkahwin. Jika ada anak dan tak kedekut pada anda turut membuka rezeki kepada anda.

Oleh itu, jangan takut nak berkahwin hanya kerana bimbang tanggungan anda akan semakin bertambah. Akan tetapi ketahuilah bahawa rezeki anda akan bertambah selepas berkahwin. Jom ramai-ramai bina rumahtangga bahagia.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,893 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen