Seeloknya Tidak Wajar Mengambil Pembantu Rumah Selepas Berkahwin.

 

Islam sebagai agama yang syumul bukan sahaja bertujuan mencegah kemungkaran, tetapi juga mencegah jalan-jalan yang boleh secara bertahap-tahap membawa kepada kemungkaran. Oleh itulah Allah tidak sekadar melarang zina tetapi melarang apa jua yang dapat mendekati zina.



Firman Allah:

Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). [al-Isra' 17:32]

Hendaklah diketahui bahawa rumah ialah tempat suami dan isteri berehat-rehat dan bersenang-senang selepas letih bekerja, baik pada waktu malam atau pada hari cuti. Dalam suasana seperti ini, suami dan isteri kerap dalam keadaan tidak menutup aurat. Suami khasnya, mungkin hanya selesa dengan memakai kain sarung atau seluar pendek. Tentu saja dibolehkan bagi suami untuk tidak menutup aurat sepenuhnya jika di dalam rumah, dengan syarat tidak hadir perempuan yang bukan mahram. Jika hadir seorang pembantu rumah perempuan, maka dia adalah mahram bagi suami sehingga suami wajib menjaga aurat dan membataskan pergaulan. Namun, agak kerap suami tidak mengetahui pembantu rumah adalah mahramnya atau memandang hal ini sebagai remeh sehingga tidak menjaga aurat dan pergaulan.



Tidak ketinggalan, isteri juga bersikap seperti suami sehingga membiarkan suami dalam keadaan bebas dengan pembantu rumah. Bahkan kadangkala isteri terpaksa keluar rumah kerana sesuatu urusan lalu meninggalkan suami berduaan dengan pembantu rumah. Ini sekali lagi adalah satu kesalahan. Dalam sebuah riwayat, disebutkan: Berhati-hatilah, jangan sampai kalian berkhalwat dengan wanita, demi diriku yang berada di tangan-Nya, tidaklah berduaan seorang lelaki dan wanita melainkan masuk syaitan di antara keduanya.

Bahawa sesungguhnya adalah lebih baik seorang lelaki untuk bergeseran dengan khinzir yang berlumuran dengan tanah atau lumpur daripada dia menggeserkan bahunya dengan bahu seorang wanita yang tidak halal baginya. [Riwayat al-Thabarani, al-Targhib wat Tarhib, no: 2855]

Atas sebab-sebab inilah, memiliki pembantu rumah bukanlah sesuatu yang selari dengan Islam. Selain itu, pembantu rumah juga berkemungkinan menyebabkan suami, isteri dan anak-anak menjadi pemalas. Masing-masing tidak tahu menguruskan hal-ehwal rumah sehingga apabila pembantu rumah berhenti atau menghilangkan diri, kesemua ahli keluarga dalam keadaan yang berserabut sehingga tidak dapat ke pejabat atau ke sekolah.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 391,705 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen