Orang Perempuan Tak Nak Dengar 10 Perkara Ini, Kalau Dengar Mood Boleh Swing.

 

Orang perempuan ini memang rumit kalau nak diikutkan. Sebabnya mereka ini tak tahu apa yang mereka inginkan dalam satu masa, malah mood mereka juga boleh berubah tak menentu sampaikan sukar untuk memahami dirinya. Dalam satu masa, dia mampu mengubah fikiran, keputusan, pendapat serta mood mereka. Unik bukan.

Akan tetapi keunikan mereka ini memeningkan kepala orang lelaki. Mana tidaknya, kejap itu kejap ini memang peninglah cerita dia. Hanya lelaki yang betul-betul penyabar dan memahami sahaja yang boleh layan dan ikuti kehendak orang perempuan ini.


Orang perempuan ini kalau mood dia elok dan okay-okay, jangan buat mereka potong mood. Macam mana nak elak potong mood mereka, dengan jangan katakan beberapa perkara kepada mereka. Kalau terlepas kata-kata ini, memang mood yang elok itu akan mula pergi ke mood cari pasal pula. Ini yang payah nak kawal lepas itu.



10 perkara yang orang perempuan tak nak dengar, nanti kacau mood mereka.

1. “Tak nak makan dekat sanalah, tak sedap.” Dengar macam biasa-biasa je, tapi memang lepas ini mood mereka macam tak kena je. Kalau dia cakap nak makan kedai itu ikutkan sahaja walaupun tak kena dengan selera anda.

2. “I nak lepak dengan kawan-kawan ni.” Kalau dia bagi anda pergi lepak pun tentu nada mereka ini berlainan. Biasanya buatlah sesuatu dahulu sebelum minta izin darinya. Ala macam ambil hati dulu.

3. “Tak ada masa nak teman u.” Siapa berani katakan ini pada pasangan dia? Memang hebat betul. Mana tidaknya kalau anda katakan ini mahu merajuk tak bercakap si dia.

4. “I lupa apa u pesan tadi.” Ini mungkin nampak macam tak ada apa-apa, tapi dia akan mula tertanya apa bermain difikiran anda. Fikir orang lain ke tu...



5. “Kekasih kawan i ni sporting betul.” No, no, jangan puji perempuan lain depan kekasih anda walaupun dia itu kekasih kawan anda. Ini cari pasal namanya.

6. “U i nampak bekas kekasih i tadi.” What? Bekas kekasih, jangan cakap benda ini. Memang cari nahas. Bekas kekasih anda ataupun dia, baik jangan kata apa-apa.

7. “Tak ready nak bawa jumpa mak ayah lagi.” Anda cukup berani nak katakan ini? Mungkin anda akan kehilangan dirinya. Bersedia atau tidak simpan sendiri je.

8. “ I busy ni.” Apa yang lebih busy selain melayan kerenah dirinya. Kalau anda busy akan hal lain tentu akan buat dirinya curiga.

9. “Jangan kacau, i nak main game.” Jika anda lebihkan perkara lain dari dirinya, memang itu buatkan dirinya panas hati.

10. “I tak suka u pakai macam ini.” Biasanya orang perempuan ini akan bergaya dan melawa sebab pasangannya. Tapi kalau tak dihargai memang akan selekeh lah jawabnya selepas itu.

Orang perempuan ini selalu guna emosi dan perasaan. Jadi hati-hati dalam berkata-kata.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,415 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen