Duit Isteri Bukan Milik Suami, Nak Guna Duit Isteri Kena Minta Izin Dulu. Jangan Nak Main Suruh Bayar Itu Ini Sesuka Hati.

 

Bila isteri berkerja, suami berkerja akan selalunya terjadi perkongsian dalam perbelanjaan rumahtangga. Di mana, isteri pun perlu menggunakan hasil titik peluhnya untuk menyara keluarganya. Kadang itu, duit isteri akan habis dahulu berbanding duit suami kerana dia yang lebih banyak berkorban dalam keluarga.

Suami-suami kena ingat bahawa duai isteri adalah duit isteri, manakala duit suami adalah duit isteri juga. Jadi sebelum nak suruh isteri bayar itu ini guna hasil titik peluhnya, lebih baik suami berbincang dahulu dan meminta izin darinya.


Berdosa kalau suami ambil kesempatan ke atas isterinya, meh sama-sama hadam perkongsian daripada Firdaus Shakirin akan perkara ini.

"Yang ini awak bayar, yang itu saya bayar"

Perlu diingatkan, duit isteri bukan duit suami...

Suami tak de hak ke atas duit isteri, tapi isteri ada hak ke atas duit suami...

Sebelum nak suruh isteri bayar itu ini dalam rumahtangga, tanya dulu isteri, dia izinkan atau tidak duit dia digunakan oleh kita untuk meringanakan beban kita...

Tanya dulu...

Jangan mempergunakan isteri dengan alasan dia bekerja, maka dia perlu bayar itu, perlu bayar ini...setiap sen yang isteri gunakan untuk membayar apa yang sepatutnya menjadi tanggungjawab suami, perlu dia halalkan, perlu dia redha, jika tidak ianya akan menjadi haram...



Suami tak boleh guna duit isteri jika isteri tak izinakan...

Sebab tu, kalau nak kahwin, kena mampu...mampu dari segala segi...mampu tu kuncinya...bukan setakat mampu menyediakan mas kahwin dan wang hantaran, mampu buat album perkahwinan, mampu buat pelamin 3k, 4k, mampu sewa baju pengantin, mampu ambik photographer...tapi mampu memberi nafkah zahir dan batin apabila dah bergelar suami nanti...



Tempat tinggal, makan minum, pakaian dan perubatan...ini antara nafkah zahir yang seorang suami perlu sediakan tanpa sebarang syarat kepada isteri...

Jangan sesekali menganggap pendapatan isteri itu sebagai duit yang kita boleh gunakan sesuka hati untuk membayar hutang-hutang kita, membeli barangan-barangan keperluan & belanja rumah, bil2 utiliti dan sebagainya...duit dia, is duit dia...kita takde hak, kecuali dia yang izinkan, dia halalkan dan dia redha untuk kita gunakan...

Jika tidak, kita yang jadi suami ni masih perlu gunakan duit sendiri untuk menjalanakan tanggungjawab-tanggungjawab kita hatta sampai tinggal seringgit dalam dompet...itu lebih baik daripada menggunakan duit yang bukan hak kita...

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,418 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen