Bila Air Lelaki Mengalir, Ia Lebih Ikhlas Berbanding Wanita.

 

Orang perempuan memang terkenal dengan air matanya di mana, dirinya memang begitu mudah untuk menangis. Patang salah sikit terus je nak gunakan air matanya sebagai salah satu cara nak cairkan hati lelaki. Bukan itu sahaja, hati orang perempuan ini memang agak sensitif, jadi cepatlah juga dirinya terluka. Namun begitu, mereka ini bukan mengada-ngada nak menangis okay.


Kalau cakap pasal air mata tentu akan kaitkan dengan wanita, macam mana pula dengan orang lelaki? Mereka ini tak ada air mata ke? Ataupun hati mereka ini terlalu keras sampaikan tak mampu nak keluarkan air mata. Boleh ke macam itu.

Air mata orang lelaki ini istimewa sedikit, di mana air mata mereka ini kalau keluar hanya untuk kes-kes yang tertentu sahaja. Taklah keluar macam bab-bab cemburu ataupun kena marah. Kalau hal-hal yang remah macam ini, mereka ini lebih kepada buat tak tahu sahaja.



Akan tetapi kalau melibatkan orang yang mereka kasihi dan sayangi, tentu sahaja air mata mereka ini boleh mengalir tanpa ketahui sebab yang betul. Sebagai contoh, berkaitan dengan ibu bapanya, anak-anaknya serta insan yang mereka cintai seperti isterinya.



Orang kata, kalau orang lelaki ini menangis, air matanya akan lebih berharga berbanding orang perempuan. Ini kerana, mereka ini dikatakan jarang menangsi jadi kalau menangis tentu sahaja akan terlihat lebih ikhlas. Bukan mudah nak tengok lelaki menangis ini.



Malah, lelaki ini tak menangis untuk hal yang remeh dan kecil. Dia akan menangis untuk hal yang serius dan betul-betul melukakan hatinya. Macam kalau dia kehilangan insan yang dia cintai, itu perkara yang semua orang tangisi bukan?

Jadi, kalau dia pernah menangis untuk anda itu tandanya dia sememangnya menyayangi diri anda setulus hatinya. Akan tetapi kalau dia selalu menggunakan air mata untuk memujuk dan mencairkan haati anda, jangan mudah nak percaya pula.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,502 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen