Nak Tengok Rupa Sebenar Wanita, Tengok Apabila Baru Bangun Tidur.

 

Wanita zaman sekarang adalah rumit dan sering membuat lelaki berteka-teki. Mana taknya, gambar dalam media social lain, apabila berjumpa pula lain. Benar kata orang, kuasa make up memang sangat menakjubkan. Malah ada make up artist yang boleh tiru wajah seseorang hanya dengan menggunakan mekap sahaja.


Walaupun begitu, ia tidak bermakna wanita itu seorang yang menipu atau apa saja yang difikirkan oleh lelaki. Ianya bermaksud wanita itu menyiapkan dirinya dengan sebaik mungkin. Jika dia pandai berhias dan mengenakan mekap, maka itu adalah satu bonus untuk dirinya. Sekurang-kurangnya dia tahu mekap dengan cara yang betul, bukan mekap dengan tiada ilmu.



Kata orang, kalau nak tengok rupa sebenar seseorang wanita itu, lihatlah ketika dia bangun dari tidur iaitu pada waktu pagi. Pasti dapat lihat wajah sebenarnya tanpa secalit mekap di muka. Yalah, mana ada orang tidur pakai mekap kecuali dia tertidur tanpa sempat menanggalkan mekap. Jika anda dapat terima wajahnya sewaktu bangun tidur, maka anda dapat menerima dia sepenuhnya. Cintailah seseorang wanita itu dengan mata hati, bukan mata kasar.



Tapi kena nikah dulu ya, baru boleh tengok wajah lepas bangun tidur. Di situlah anda dapat lihat ketidaksempurnaan yang sempurna. Apabila anda mencintai seseorang itu dengan mata hati, maka segala kekurangannya akan dilihat sebagai kesempurnaan dan secara sendirinya anda akan dapat terima dia dengan sepenuh hati.

Cintailah seseroang itu ketika dia cantik, ketika dia sudah tidak cantik, ketika dia sudah tua, ketika dia sakit. Kerana cinta yang sejati itu bukan hanya hadir ketika waktu suka, ianya tetap mekar walau ketika pahit melanda.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,602 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen