Hati Terasa Kosong Itu Bukan Sebab Anda Belum Bertemu Jodoh, Tetapi Sebab Dosa & Perbuatan Sendiri.

 

Kadang kala bila hati rasa tak tenang, dan sunyi mula rasa bahawa anda masih keseorangan tanpa pasangan di sisi, itu kalau anda yang masih single, buatnya yang dah berkahwin tak akan nak tambah pasangan pula.

Bila anda rasa bagaikan hilang sesuatu malah tercari-cari akan sesuatu perkara, kebarang kalian bukan jodoh yang anda perlukan, akan tetapi adalah redha dan hidayah dari Allah. Namun begitu, tak semua orang nampak dan sedar. Nak-nak lagi buat anda yang bujang, ingat jodoh sahaja tetapi Allah tak ingat pula.


Hati akan terasa kosong kalau tanpa sedar sedang berdepan dengan perkara ini.



1. Hati rasa kosong sebab kena tinggal

Bukan kena tinggal bas. Ini kisah pahit, ditinggalkan oleh orang yang kita sayang. Perkara ini, masalah yang sangat biasa dalam perhubungan dan cinta. Pasangan perempuan ditinggalkan pasangan lelaki yang diam membisu. Ada yang dulu berstatus suami isteri, kini tidak bersama lagi akibat curang. Bila hati tak boleh ‘move on‘, sentiasa akan terkenang-kenang perkara lalu.

2. Hati jadi hitam akibat lebih cintakan dunia

Hidup hanya untuk dunia. Senang cerita, hanya untuk kerja dan cari duit. Mula-mula memang seronok dapat duit banyak. Sampai tahu tahap, kita akan rasa “Kenapa aku terlalu sibuk dengan dunia?”. Ini apabila sudah sampai tahap kemuncak, yang kita sendiri tak tahu kenapa kita terlalu sibuk.



3. Hati gelisah sebab kurang mengingati Allah

Kalau kurang dalam mengingati Allah, boleh ditambahkan. Yang lebih sedih, langsung tidak mengingati Allah. Benar, zaman muda-mudi memang kita mengikut nafsu semata-mata. Larangan Allah kita main-mainkan. Solat lima waktu memang jenis tinggal terus. Al-Quran, kalau kita nak baca, memang tergagap-gagap; akibat terlalu lama sangat ditinggalkan. Allah Maha Pengampun. Masih belum terlambat. Berzikirlah, ingat Allah.

4. Hati rasa kusut akibat banyak buat dosa kecil

Setiap dosa kecil yang kita buat, akan meninggalkan satu titik dalam hati. Satu dosa kecil, satu titik hitam. Seribu dosa kecil, seribu titik hitam. Bayangkan kalau jutaan dosa kecil yang kita sudah buat, bukankah ia akan menjadi gumpalan hitam yang amat pekat?



5. Selalu terlupa, rezeki Allah yang bagi

Kita selalu rasa apa yang kita dapat, adalah dengan usaha kita sendiri. Hakikatnya, rezeki itu adalah dengan kehendak Allah. Duit gaji itu rezeki. Sihat tubuh badan itu juga rezeki. Tidak terhitung.

6. Rasa tidak tenang, teringat dosa-dosa lalu

Dulu, kita pendosa. Kitalah orang yang paling jahat dalam dunia. Kurang ajar, kasar dengan ibu-bapa sendiri. Bila mereka dah mati, kita kita sesal diri. Dosa menipu, menganiaya kawan dan macam-macam lagi kita dah buat dulu tanpa rasa berdosa. Lama-lama, bila meningkat umur, rasa kita tak patut buat semua itu. Ingatlah, Allah itu Maha Pemaaf.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 612,166 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen